Jumaat, 29 Jun 2012

Lalat Sipengotor Yang Luar Biasa




KITA kenal lalat sebagai serangga yang serba kotor, yang suka hinggap di tempat yang kotor sehingga menjadi pembawa penyakit dan kuman.
Lalat itu ibarat GPS kekotoran - jika ada lalat, di situlah ada kotoran.

Namun, menurut ulama, secara lahiriah lalat bersih haiwannya. Ia tidak mengotori air selagi tidak merubah sifat air itu, misalnya dari segi warna, rasa dan baunya.

Sejak dahulu kala, sengatan tebuan dan kalajengking dirawat dengan menggeser badan lalat yang dibuang kepalanya.
Dalam dua perang dunia, diperhatikan bahawa luka soldadu yang terdedah kepada lalat lebih cepat sembuh.

Hari ini pun, berenga lalat (maggots) terus digunakan untuk mengubati luka. Ia makan tisu mati dan membiarkan hidup tisu yang sihat.
Ahli bedah Russia, Pirogov, menggunakan berenga semasa Perang Crimea untuk mengubati pesakitnya.

Bahkan, lalat didapati mampu menghasilkan penawar bagi jenis-jenis kuman yang baru diperkenalkan kepadanya.
Misalnya, tersiar dalam Jilid 43 Rockefeller Foundation's Journal of Experimental Medicine (1927) bahawa kuman bagi sebilangan penyakit mati selepas dikenalkan kepada lalat. Lalat didapati bukan saja menghasilkan bacteriophage yang berupaya membunuh empat jenis kuman yang membawa penyakit, bahkan mendatangkan kekebalan terhadap empat lagi jenis kuman.

Penyelidikan mengenai penggunaan bacteriophage dalam perubatan terbantut selepas antibiotik ditemui. Ia rancak semula sedang kuman zaman ini semakin kebal terhadap antibiotik.

Awal dekad lalu, satu pasukan di Jabatan Sains Biologi di Universiti Macquarie, Australia, menemui bahan antibiotik pada permukaan lalat.
Bagaimanakah bahan itu dikeluarkan? Dengan merendamkan lalat itu dalam etanol dan kemudian menapis cecairnya!

Lalat disebut dalam banyak hadis sahih, termasuk yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi bersabda:

"Jika lalat terjatuh di minuman salah seorang di antara kamu, benamkanlah ia, kemudian lepaskanlah (buanglah), kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lainnya terdapat ubat (penawar)."

Sesetengah pihak mendakwa hadis tersebut tidak masuk akal - kalaulah lalat kotor, kenapalah rendamkannya? Walhal hadis itu memang munasabah - takkanlah lalat berupaya membawa kuman dan penyakit tanpa penawarnya sekali? Kalau tidak, sudah tentu lalat sudah lenyap daripada muka bumi sejak dulu lagi.

Lalat digunakan oleh Abdullah ibnu Mas'ud dalam mengungkap sikap kita terhadap dosa:
"Seorang Mukmin melihat dosanya seolah-olah ia berada pada kaki gunung yang akan runtuh menimpanya, sedangkan orang durhaka (al-fajr) melihat dosanya sebagimana lalat hinggap pada hidungnya, kemudian ia menghalaunya."
Al-Qadhi 'Iyadh menyebut di dalam al-Syifa dan al-'Azafi pula dalam Maulid-nya:
"Antara keistimewaan Nabi Muhammad saw, lalat tidak pernah menghinggapi baginda."

Khamis, 28 Jun 2012

mesyuarat jkkk 2/12

yg dekat sekali mohd said, en mohd Noor, En Nizam, En Md Rizal (terlindung)
en Ramlan, en Misnan dan Cikgu Adnan..
       








         Mesyuarat ini telah dijalankan pada 27hb jun jam0900pm di Balai Raya alhamdulilah semua hadir seramai 14 Ahli agenda seperti berikut:

              
        





                                                Tarikh - 27/06/2012 (Rabu)
                                                 Masa - 09.00 Malam
                  Tempat     - Balai Raya Kg. Sri Bengkal
                        Agenda Mesyuarat   - Ucapan Pengerusi
                                                           - Membentangkan Minit Mesyuarat Kali ke 1/2012
                                                           - Membentangkan Penyata Kewangan
                                                           - Perkara-pekara Perbangkit
                                                           - Profile Kg. (Maklumat Isi Rumah Kemaskini)
                                                           - Lapuran Biro-biro
                                                           - Pengantian Penolong Biro Gotong royong & Kecerian
                                                           - Perkara-perkara yang Dicadangkan/ Usul-usul Baru
                                                           - Lain-lain Hal



beberapa pekara baru telah dicadangkan untuk dilaksanakan serta dapat menyelasaikan beberapa pekara berbangkit ,, mesyuarat ditangguhkan pada jam 1215am..


hujung sekali Pn Norleha, pn Saniah, Pn Latifah dan En Md Noor
tiada dalam gambar Tn Hj A. Malik, Pengerusi dan Admin...
yang seronoknya ngeteh dekat 24 jam pura kencana gambar tak ada (Takut Jadi Fitnah) ADMIN////

Sabtu, 23 Jun 2012

Asal Usul Kompang



Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu jenis nangka atau nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Dalam konteks persembahan, kumpulan kompang akan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peranannya masing-masing.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi ‘bum’ di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Asal-usul mee bandung

mee bandung




Mee Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia. Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).

Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.

Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung.

Admin ingat dari bandung indonesia.. rupanya muar ja apa-apa dkt odeon BP sedap 2 dulu sekarang?

Selasa, 19 Jun 2012

PULANGNYA SEORANG SAHABAT

     
 

           Saudara Solehan bin jaffar, 71, meninggal dunia di Hospital batu pahat malam semalam lebih kurang jam 11.00 malam , selepas hampir tiga jam dirawat di unit kecemasan hospital itu. sebelum itu arwah telah mengalami kemalangan motorsikal di hadapan rumah beliau pada jam 06.30 petang semasa arwah untuk pulang kerumah beliau dari kedai laut, jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan kg sri bengkal pada jam 1245 tengahari tadi yang mana telah dihadiri oleh rakan dan saudara arwah,kemalangan tersebut melibatkan sama dengan anak adnan sariman yang mana anak adnan sedang menerima rawatan di hospital BP wad 7 mengalami kecederaan di kaki (patah), aruah saudara solehan adalah seorang ahli jawatankuasa (JKKK) sri bengkal, beliau aktif menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan aktif dalam persatuan. admin dan warga kg mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah semuga arwah berada bersama-sama orang solehin amin...


Ahad, 17 Jun 2012

Keganasan Sebenar Di Myanmar, Tangani Segera..



Gambar-gambar keganasan buddha terhadap penduduk islam Rohingya di myanmar













Pernah ribuan sami Buddha keluar ke jalan-jalan raya di Burma tuntut demokrasi dan ...SEKRETARIAT Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

Sejak 3 Jun baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

Lebih memeranjatkan kami, pihak keselamatan, polis dan tenterakini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan namun bukan untuk melindungi mereka akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

Kelmarin, 9 Jun sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru, 10 Jun dua kampung paling besariaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand 150,000 di Pakistan 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar.

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan , pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan, kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM




Sabtu, 16 Jun 2012

asal-usul kelapa sawit


Kelapa sawit (Elaeis) adalah tumbuhan industri penting penghasil minyak masak, minyak industri, maupun bahan bakar (biodiesel). Perkebunannyamenghasilkan keuntungan besar sehingga banyak hutan dan perkebunan lama dikonversi menjadi perkebunan kelapa sawit. Indonesia adalah penghasil minyak kelapa sawit terbesar di dunia. Di Indonesiapenyebarannya di daerah Aceh, pantai timur Sumatra, Jawa, dan Sulawesi.

Kelapa sawit
berbentuk pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter. Akar serabut tanaman kelapa sawit mengarah ke bawah dan samping. Selain itu juga terdapat beberapa akar napas yang tumbuh mengarah ke samping atas untuk mendapatkan tambahan aerasi.
Seperti jenis palma lainnya, daunnya tersusun majemuk menyirip. Daunberwarna hijau tua dan pelepah berwarna sedikit lebih muda. Penampilannya agak mirip dengan tanaman salak, hanya saja dengan duri yang tidak terlalu keras dan tajam. Batang tanaman diselimuti bekas pelepah hingga umur 12 tahun. Setelah umur 12 tahun pelapah yang mengering akan terlepas sehingga penampilan menjadi mirip dengan kelapa.
Bunga jantan dan betina terpisah namun berada pada satu pohon (monoecious diclin) dan memiliki waktu pematangan berbeda sehingga sangat jarang terjadi penyerbukan sendiri. Bunga jantan memiliki bentuk lancip dan panjang sementara bunga betina terlihat lebih besar dan mekar.
Tanaman sawit dengan tipe cangkang pisifera bersifat female steril sehingga sangat jarang menghasilkan tandan buah dan dalam produksi benih unggul digunakan sebagai tetua jantan.
Buah sawit mempunyai warna bervariasi dari hitam, ungu, hingga merah tergantung bibit yang digunakan. Buah bergerombol dalam tandan yang muncul dari tiap pelapah. Minyak dihasilkan oleh buah. Kandungan minyak bertambah sesuai kematangan buah. Setelah melewati fase matang, kandungan asam lemak bebas (FFA, free fatty acid) akan meningkat dan buah akan rontok dengan sendirinya.
Buah terdiri dari tiga lapisan:

Eksoskarp, bagian kulit buah berwarna kemerahan dan licin.
Mesoskarp, serabut buah
Endoskarp, cangkang pelindung intiInti sawit (kernel, yang sebetul]]nya adalah biji) merupakan endosperma dan embrio dengan kandungan minyak inti berkualitas tinggi.
Kelapa sawit berkembang biak dengan cara generatif. Buah sawit matang pada kondisi tertentu embrionya akan berkecambah menghasilkan tunas (plumula) dan bakal akar (radikula).

Syarat hidup
Habitat aslinya adalah daerah semak belukar. Sawit dapat tumbuh dengan baik di daerah tropis (15° LU - 15° LS). Tanaman ini tumbuh sempurna di ketinggian 0-500 m dari permukaan laut dengan kelembaban 80-90%. Sawit membutuhkan iklim dengan curah hujan stabil, 2000-2500 mm setahun, yaitu daerah yang tidak tergenang air saat hujan dan tidak kekeringan saat kemarau. Pola curah hujan tahunan memengaruhi perilaku pembungaan dan produksi buah sawit.

Tipe kelapa sawit
Kelapa sawit yang dibudidayakan terdiri dari dua jenis: E. guineensis dan E. oleifera. Jenis pertama yang terluas dibudidayakan orang. dari kedua species kelapa sawit ini memiliki keunggulan masing-masing. E. guineensis memiliki produksi yang sangat tinggi dan E. oleifera memiliki tinggi tanaman yang rendah. banyak orang sedang menyilangkan kedua species ini untuk mendapatkan species yang tinggi produksi dan gampang dipanen. E. oleifera sekarang mulai dibudidayakan pula untuk menambah keanekaragaman sumber daya genetik.
Penangkar seringkali melihat tipe kelapa sawit berdasarkan ketebalan cangkang, yang terdiri dari
Dura,
Pisifera, dan
Tenera.

Dura merupakan sawit yang buahnya memiliki cangkang tebal sehingga dianggap memperpendek umur mesin pengolah namun biasanya tandan buahnya besar-besar dan kandungan minyak per tandannya berkisar 18%. Pisifera buahnya tidak memiliki cangkang, sehingga tidak memiliki inti (kernel) yang menghasilkan minyak ekonomis dan bunga betinanya steril sehingga sangat jarang menghasilkan buah. Tenera adalah persilangan antara induk Dura dan jantan Pisifera. Jenis ini dianggap bibit unggul sebab melengkapi kekurangan masing-masing induk dengan sifat cangkang buah tipis namun bunga betinanya tetap fertil. Beberapa tenera unggul memiliki persentase daging per buahnya mencapai 90% dan kandungan minyak per tandannya dapat mencapai 28%.
Untuk pembibitan massal, sekarang digunakan teknik kultur jaringan.

Hasil tanaman
Minyak sawit digunakan sebagai bahan baku minyak makan, margarin, sabun, kosmetika, industri baja,kawat, radio, kulit dan industri farmasi. Minyak sawit dapat digunakan untuk begitu beragam peruntukannya karena keunggulan sifat yang dimilikinya yaitu tahan oksidasi dengan tekanan tinggi, mampu melarutkan bahan kimia yang tidak larut oleh bahan pelarut lainnya, mempunyai daya melapis yang tinggi dan tidak menimbulkan iritasi pada tubuh dalam bidang kosmetik.[1]
Bagian yang paling populer untuk diolah dari kelapa sawit adalah buah. Bagian daging buah menghasilkan minyak kelapa sawit mentah yang diolah menjadi bahan baku minyak goreng dan berbagai jenis turunannya. Kelebihan minyak nabati dari sawit adalah harga yang murah, rendahkolesterol, dan memiliki kandungan karoten tinggi. Minyak sawit juga diolah menjadi bahan bakumargarin.
Minyak inti menjadi bahan baku minyak alkohol dan industri kosmetika. Bunga dan buahnya berupa tandan, bercabang banyak. Buahnya kecil, bila masak berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandung minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Ampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak. Ampas yang disebut bungkil inti sawit itu digunakan sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang.
Buah diproses dengan membuat lunak bagian daging buah dengan temperatur 90 °C. Daging yang telah melunak dipaksa untuk berpisah dengan bagian inti dan cangkang dengan pressing pada mesin silinder berlubang. Daging inti dan cangkang dipisahkan dengan pemanasan dan teknik pressing. Setelah itu dialirkan ke dalam lumpur sehingga sisa cangkang akan turun ke bagian bawah lumpur.
Sisa pengolahan buah sawit sangat potensial menjadi bahan campuran makanan ternak dan difermentasikan menjadi kompos.

Sejarah perkebunan kelapa sawit
Kelapa sawit didatangkan ke Indonesia oleh pemerintah Hindia Belanda pada tahun 1848. Beberapa bijinya ditanam di Kebun Raya Bogor, sementara sisa benihnya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hias di Deli, Sumatera Utara pada tahun 1870-an. Pada saat yang bersamaan meningkatlah permintaan minyak nabati akibat Revolusi Industri pertengahan abad ke-19. Dari sini kemudian muncul ide membuat perkebunan kelapa sawit berdasarkan tumbuhan seleksi dari Bogor dan Deli, maka dikenallah jenis sawit "Deli Dura".

Pada tahun 1911, kelapa sawit mulai diusahakan dan dibudidayakan secara komersial dengan perintisnya di Hindia Belanda adalah Adrien Hallet, seorang Belgia, yang lalu diikuti oleh K. Schadt. Perkebunan kelapa sawit pertama berlokasi di Pantai Timur Sumatera (Deli) dan Aceh. Luas areal perkebunan mencapai 5.123 ha. Pusat pemuliaan dan penangkaran kemudian didirikan di Marihat(terkenal sebagai AVROS), Sumatera Utara dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor, Malaya pada 1911-1912. Di Malaya, perkebunan pertama dibuka pada tahun 1917 di Ladang Tenmaran, KualaSelangor menggunakan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Di Afrika Barat sendiri penanaman kelapa sawit besar-besaran baru dimulai tahun 1910.
Hingga menjelang pendudukan Jepang, Hindia Belanda merupakan pemasok utama minyak sawit dunia. Semenjak pendudukan Jepang, produksi merosot hingga tinggal seperlima dari angka tahun 1940.[2]
Usaha peningkatan pada masa Republik dilakukan dengan program Bumil (buruh-militer) yang tidak berhasil meningkatkan hasil, dan pemasok utama kemudian diambil alih Malaya (lalu Malaysia).
Baru semenjak era Orde Baru perluasan areal penanaman digalakkan, dipadukan dengan sistem PIR Perkebunan. Perluasan areal perkebunan kelapa sawit terus berlanjut akibat meningkatnya harga minyak bumi sehingga peran minyak nabati meningkat sebagai energi alternatif.
Beberapa pohon kelapa sawit yang ditanam di Kebun Botani Bogor hingga sekarang masih hidup, dengan ketinggian sekitar 12m, dan merupakan kelapa sawit tertua di Asia Tenggara yang berasal dariAfrika.

ASAL USUL NASI LEMAK

sebagai hiasan aja
Nasi lemak punca obesiti? Nasi lemak menggemukkan? Nasi lemak penyebab lemak bertambah? Heboh dok gaduh pasal nasi lemak ni. Ammboi nak tanya korang tahu ke tak asal usul nasi lemak tu? Dari mana asalnya, siapa pengasasnya takpun kenapa dipanggil nasi lemak, bukannya nasi berlemak atau nasi yang naik lemak? Kalau korang nak tahu teruskanlah membaca cerita bersejarah kat bawah ni.


Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.

Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum. Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut.

Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut.

“Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.” bisiknya didalam hati.

Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak untum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.

“Apa kau masak ni, Seri?”

“Nasi ler! Mak!” jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, “Nasi le! Mak!”, “Nasi le! Mak!”, “Nasi le! Mak!”. Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK. 
Admin ...... Betul ke tidak Allahwalam

MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga �dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein ah�la makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.



Sabtu, 9 Jun 2012

WWW 1


9 Jun, 2012

Plat WWW 1 dipasang pada Proton Satria Neo (Gambar)

SALAH seorang sahabat pembaca mengirimkan gambar nombor plat yang menjadi kontroversi baru-baru ini iaitu WWW1. Nombor plat ini dimiliki oleh DYMM Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan DYMM Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar paling mahal di dunia.

Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo.



Admin "Harga No plat boleh beli sepuluh biji Satria Neo... " Daulat Tuanku...

Rabu, 6 Jun 2012

JATA NEGERI JOHOR


Jata negeri Johor
               Jata negeri Johor mula diwartakan sebagai jata rasmi kerajaan pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Mahkota pada jata bermaksud kedaulatan Sultan Johor sebagai pemerintah negeri Johor. Dua ekor harimau yang memegang perisai bermaksud keberanian. Pada perisai pula, anak bulan dan bintang di bahagian tengah perisai melambangkan Islam sebagai agama rasmi kerajaan Johor manakala 4 bintang kecil pada setiap penjuru perisai mewakili 4 daerah asal dalam negeri Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Sedili. Corak awan larat pada jata negeri pula adalah simbolik mewakili gambir dan lada hitam sebagai hasil tanaman utama negeri pada masa itu. Akhir sekali di bawah jata negeri Johor terpampang satu banner dengan cogan kata rasmi negeri Johor iaitu Kepada Allah Berserah. — 

Askar Timbalan Setia


         Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul Takzim.

Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah:

* DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
* Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3
Tun Hussein Onn juga pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun , India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
* Jeneral(B) Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM
Jeneral (B) Ibrahim Bin Ismail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.
* Ungku Ahmad bin Abd Rahman
Salah seorang daripada 3 orang yang dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India
* Dato Onn Jaafar
* Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid
Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid, bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Photo: Askar Timbalan SetiaJohor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul Takzim.Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah:* DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan JohorSultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.* Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3Tun Hussein Onn juga pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun , India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.* Jeneral(B) Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATMJeneral (B) Ibrahim Bin Ismail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.* Ungku Ahmad bin Abd RahmanSalah seorang daripada 3 orang yang dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India* Dato Onn Jaafar* Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul MajidUngku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid, bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.Cc:Persatuan Bangsa Johor KELAB ANAK JATI PERAK DARUL RIDZUAN I ♥ KELANTAN Pahang Community I ♥ PAHANG Maktab Sabah .

DEWAN NEGERI


        Jikalau negeri-negeri lain memanggil Dewan Undangan Negeri tetapi tidak bagi negeri Johor apabila ia dipanggil Dewan Negeri sahaja. Sebabnya apa? Sebabnya ia ditubuh sebelum daripada kemerdekaan iaitu tahun 1957. Apa yang disebaliknya? Ini menunjukkan pemerintah negeri Johor pada masa itu, mempunyai kuasa untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang dan membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk kepada British. Negeri-negeri lain pula, Dewan Undangan Negerinya ditubuhkan selepas kemerdekaan
Photo: Jikalau negeri-negeri lain memanggil Dewan Undangan Negeri tetapi tidak bagi negeri Johor apabila ia dipanggil Dewan Negeri sahaja. Sebabnya apa? Sebabnya ia ditubuh sebelum daripada kemerdekaan iaitu tahun 1957. Apa yang disebaliknya? Ini menunjukkan pemerintah negeri Johor pada masa itu, mempunyai kuasa untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang dan membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk kepada British. Negeri-negeri lain pula, Dewan Undangan Negerinya ditubuhkan selepas kemerdekaan

UPACARA PEMAHKOTAAN


Photo: Mengapa Almarhum Sultan Iskandar tidak melakukan upacara pemahkotaan?

Fakta ini anda perlu berkongsi (tekan share @ retweet) agar semua orang akan tahu berkenaan dibawah:-

Almarhum Sultan Iskandar tidak melakukan upacara pemahkotaan kerana baginda seorang Raja yang mementingkan kebajikan rakyat. Ini terbukti dengan penubuhan Yayasan Sultan Iskandar, Elaun YDPA sebanyak RM3.8juta yang didermakan. 

Dan untuk pengetahuan anda, kos menganjurkan upacara pemahkotaan melibatkan jutaan ringgit. Jadi, baginda berkeras tidak mahu melakukan upacara pemahkotaan. 

Dan untuk pengetahuan anda juga, upacara pemahkotaan adalah upacara tradisi dan bukannya keperluan. Yang wajib adalah pemasyuran, pengganti akan mengangkat sumpah jawatan sebelum pengkebumian diraja dilakukan, dilaungkan "DAULAT TUANKU" sebanyak 3 kali.

Antara kata² orang yang sering didengari berkenaan hal ini:-

a. Sultan tidak berdaulat sebab itu tidak diadakan upacara pemahkotaan. 
(Untuk pengetahuan anda, semenjak zaman Sultan Abu Bakar sehingga kini, semua Sultan Johor berdaulat)

b. Mahkota tidak muat di kepala almarhum. 
(Untuk pengetahuan anda juga, pemakai mahkota berkenaan mesti disertakan dengan topi didalamnya, tidak timbul masalah muat atau tidak)
Mengapa Almarhum Sultan Iskandar tidak melakukan upacara pemahkotaan?

Fakta ini anda perlu berkongsi (tekan share @ retweet) agar semua orang akan tahu berkenaan dibawah:-

Almarhum Sultan Iskandar tidak melakukan upacara pemahkotaan kerana baginda seorang Raja yang mementingkan kebajikan rakyat. Ini terbukti dengan penubuhan Yayasan Sultan Iskandar, Elaun YDPA sebanyak RM3.8juta yang didermakan.

Dan untuk pengetahuan anda, kos menganjurkan upacara pemahkotaan melibatkan jutaan ringgit. Jadi, baginda berkeras tidak mahu melakukan upacara pemahkotaan.

Dan untuk pengetahuan anda juga, upacara pemahkotaan adalah upacara tradisi dan bukannya keperluan. Yang wajib adalah pemasyuran, pengganti akan mengangkat sumpah jawatan sebelum pengkebumian diraja dilakukan, dilaungkan "DAULAT TUANKU" sebanyak 3 kali.

Antara kata² orang yang sering didengari berkenaan hal ini:-

a. Sultan tidak berdaulat sebab itu tidak diadakan upacara pemahkotaan.
(Untuk pengetahuan anda, semenjak zaman Sultan Abu Bakar sehingga kini, semua Sultan Johor berdaulat)

b. Mahkota tidak muat di kepala almarhum.
(Untuk pengetahuan anda juga, pemakai mahkota berkenaan mesti disertakan dengan topi didalamnya, tidak timbul masalah muat atau tidak)
 — 

Sabtu, 2 Jun 2012

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR (1511 - 1824)

Dari sebuah empayar yang luas, menguasai pulau-pulau sekitar Lingga, Batam dan Bintan (sekarang Provinsi Kepulauan Riau), menakluk separuh Semenanjung (termasuk Singapura) sampai kepulauan Natuna (sekarang dalam Provinsi Kepulauan Riau), meluaskan pemerintahan ke sebahagian kecil pantai timur Sumatera, pernah menakluk Jambi (sekarang Provinsi Jambi) dan Aru (sekarang di Sumatera Utara), Johor kini hanya tinggal 10 daerah merangkumi Johor Bahru, Kulaijaya, Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat dan Ledang. Semuanya terletak hujung selatan tanah besar semenanjung, kini dalam wilayah Malaysia.

Dari sekian banyak sultan yang memerintah, sebahagian besarnya mangkat dan dimakamkan di kawasan-kawasan yang kini berada dalam wilayah Indonesia.

Usaha-usaha untuk menjejak kembali kegemilangan dan kebesaran kerajaan Kesultanan Melayu Johor masih dilakukan, baik oleh kalangan kerabat mahupun kalangan peminat sejarah sendiri. Saya pernah terbaca dalam satu artikel yang menyebut bahawa, bahan-bahan sejarah kebesaran kerajaan Johor masih banyak belum dibongkar. Sayang sekali usaha mendapatkannya bukanlah satu tugas yang mudah kerana kawasan yang dulunya bersatu, kini terpisah jadi tiga negara merdeka.

Di bawah ini saya senaraikan nama-nama Sultan dan Yang diPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor dari 1511 hingga 1824.

1. Sultan Mahmud Shah I (1511-1528)
Merupakan Sultan Melaka yang terakhir. Baginda meninggalkan Melaka setelah diserang Portugis lalu melarikan diri ke Pagoh, ke Pahang, dan Kepulauan Riau sebelum ke Kampar (sekarang dalam Provinsi Riau di daratan Sumatera, INDONESIA). Baginda mangkat di Kampar dikenali ssebagai "Marhum Kampar".

 2. Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564)
Menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Johor ke-2 adalah Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda membuka Pekan Tua / Kota Kara (sekarang termasuk dalam daerah Kota Tinggi, Johor) pada 1529. Johor mengumpul kekuatan dan menyerang Portugis di Melaka pada 1535 dan 1539 sebelum berdamai. Pada tahun 1540, Baginda membuka Johor Lama (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana. Pada tahun 1564, Johor terlibat dalam peperangan mempertahankan Aru (sekarang dalam Provinsi Sumatera Utara, INDONESIA) dari ditawan kerajaan Acheh (sekarang Provinsi Acheh, INDONESIA). Sayangnya Johor kalah, Aru jatuh ke tangan Acheh dan Johor Lama turut musnah dibedil . Sultan Alauddin Riayat Shah II ditangkap, dibawa dan dibunuh di Acheh. Baginda digelar “Marhum Syahid di Acheh”.

 3. Sultan Muzaffar Shah II (1564-1570)
Pusat pemerintahan berpindah ke Seluyut (dalam daerah Kota Tinggi sekarang) pada tahun 1565. Dendam kekalahan kepada Acheh diteruskan dengan menjalin kerjasama dengan Portugis. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".

 4. Sultan Abd. Jalil Shah I (1570 - 1571)
Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak kepada Sultan Muzaffar Shah II. Baginda ditabalkan sebagai Sultan ketika berusia 8 tahun melalui wasiat. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan). Baginda dimakamkan di Seluyut.

 5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570 / 71-1597)
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Tun Seri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) selama dua tahun. Pada tahun 1573, pemerintahan Johor berpindah sekali lagi ke Johor Lama. Waktu itu Johor mengambil sikap bersahabat dengan Acheh untuk bergabung melawan Portugis. Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi gagal. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Portugis dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke membedil Johor Lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah datang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".

6. Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615)
Sultan Alauddin Riayat Shah III (anakanda Sultan Ali Jalla Abdul Jalil) bersemayam di Batu Sawar. baginda mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Pada tahun 1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis. Hubungan baik Johor – Belanda - Portugis telah menimbulkan kemarahan Acheh yang sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama dengan Johor. Pada Jun 1613, Acheh menyerang Johor. Perang Acheh-Johor berlarutan selama dua bulan namun Johor tewas. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, para pembesar dan puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Ketika di Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah III meneruskan kembali hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini sekali lagi menimbulkan kemarahan Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap dan dibawa ke Acheh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III dihukum bunuh dan mangkat di Acheh.

 7. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (1615-1623)
Sultan Acheh seterusnya melantik Sultan Abdullah Ma'ayat Shah sebagai Sultan Johor ke-7 yang bersemayam di Batu Sawar.Pada tahun 1618, Baginda memindahkan peperintahan ke Daik, Lingga. Ketika ini, Johor sekali lagi tidak mahu tunduk kepada Acheh dengan meminta bantuan Belanda. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Sultan Abdullah Ma’ayat Shah dan Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan dan Raja Bujang bersama-sama melarikan diri ke Pulau Tambelan (sebuah pulau tak jauh dari Kalimantan Barat tapi termasuk dalam Provinsi Kepulauan Riau, INDONESIA). Baginda mangkat di Pulau Tambelan dan disebut "Marhum Pulau Tambelan".

 8. Sultan Abdul Jalil Shah III / Raja Bujang (1623-1677)
Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Pulau Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III. Baginda diangkat menjadi Sultan Johor ke-8 yang memerintah dari Pulau Tambelan. Pada tahun 1629, ancaman dari Kerajaan Acheh berkurangan setelah Acheh kalah diserang Portugis. Kekalahan itu menyebabkan Acheh hilang kuasa ke atas Pahang. Pahang kemudiannya menjadi jajahan takluk Kerajaan Johor yang baharu. Pada 14 Januari 1640, pakatan Johor-Belanda berjaya menghalau keluar Portugis dari Melaka. Malangnya kekuasan ke atas Melaka tidak jatuh ke tangan Johor Melaka sebaliknya menjadi negeri jajahan Belanda secara rasmi pada 1641. Sultan Abdul Jalil Shah III seterusnya memindahkan pusat pemerintahan Johor dari Pulau Tambelan ke Makam Tauhid (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) sebelum berpindah semula ke Batu Sawar pada bulan Oktober 1642. Pada tahun 1673, Johor berperangan dengan Jambi(sekarang Provinsi Jambi) yang mahu memerdekakan diri. Akibat peprangan itu, Sultan Johor melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang. Baginda juga dikenali sebagai 'Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar".

 9. Sultan Ibrahim Shah (1677-1685)
Sultan Ibrahim Shah, anak kepada Marhum Mangkat di Pahang dilantik sebagai Sultan Johor yang ke-9 pada tahun 1677. Pada tahun 1678, Sultan Ibrahim Shah keluar dari Pahang dan cuba membangun semula Johor Lama tetapi gagal lalu memindahkan pemerintahan Johor ke Sungai Carang (sekarang di Pulau Bintan, dalam Provinsi Kepulauan Riau, INDONESIA). Ketika pemerintahan baginda, wilayah Johor diperluaskan hingga ke Terempa (sekarang Kepulauan Anambas, INDONESIA) dan menawan semula jajahan Jambi pada tahun 1685. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada tahun yang sama dan digelar 'Marhum Bongsu".

 10. Sultan Mahmud Shah II / Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (1685-1699)
Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Pusat pemerintahan berpindah lagi dari Pulau Riau ke petempatan baharu yang dibina di suatu tebing tinggi di Sungai Johor yang kemudian dinamakan Kota Tinggi. Kerana usia baginda yang masih kecil, urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Sultan Mahmud Shah II dikatakan seorang sultan yang zalim. Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan), seorang laksamana Kerajaan Johor yang berasal dari Bentan, (sekarang Pulau Bintan, Provinsi Kepulauan Riau, INDONESIA). Baginda dibunuh di atas julang dalam perjalanan ke masjid untuk bersembahyang Jumaat dan disebut "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

 11. Sultan Abdul Jalil IV / Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil (1699-1720)
Bendahara paduka Tun Abdul Jalil ditabalkan sebagai Sultan Johor ke-11 kerana Sultan Mahmud Shah II tidak meninggalkan waris. Baginda digelar Sultan Abdul Jalil IV, sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan, baginda memindahkan pusat pemerintahan ke Panchor (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) pada tahun 1700. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV memindahkan pusat pemerintahan Johor sekali lagi ke Pulau Riau dan kembali lagi ke Panchor 1716. Pada tahun 1717, Raja Kecil dari Siak (sekarang dalam Provinsi Riau) menyerang Johor demi menuntut tahta kerajaan dengan mengaku baginda adalah anak Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Raja Siak akhirnya berjaya merebut tahta pemerintahan dengan bantuan para pembesar Johor yang percaya baginda adalah waris Sultan Mahmud yang sah. Pada tahun 1719, cubaan merampas semula tahta Johor dilakukan oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman malangnya tidak berjaya. Sultan Abdul Jalil IV akhirnya melarikan diri hingga akhirnya dibunuh di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

 12. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah / Raja Kecil / Yang Dipertuan Johor ( 1718-1722)
Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil berjaya menawan Panchor dan melantik dirinya sendiri sebagai Yang Dipertuan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Selepas menaiki tahta, Raja Kecil telah memindahkan pusat pentadbiran Johor sekali lagi ke Pulau Riau. Ketika itu, Raja Sulaiman, anak kepada Sultan Abdul Jalil IV dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil. Raja Sulaiman akhirnya berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya menghalau Raja Kecil balik ke Siak.
13. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah / Raja Sulaiman / Yang Dipertuan Besar (1722-1760)
Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar oleh Bugis 5 Saudara dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Baginda mengekalkan pusat pemerintahan di Riau (lokasi tepatnya di Tanjung Pinang, Bintan, Kepulauan Riau, INDONESIA). Dengan pemasyuran ini, tahta Kesultanan Johor jatuh semula ke tangan keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya melantik Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor-Riau pertama di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Seterusnya baginda menjalinkan hubungan dengan Belanda melalui Perjanjian 1754 & 1756 yang antara lain isinya memberi hak kepada Belanda memonopoli perdagangan timah di Linggi (sekarang dalam Negeri Sembilan), Kelang & Kuala Selangor (sekarang dalam Negeri Selangor). Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

 14. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761)
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah di Kuala Selangor dilantik sebagai sultan Johor ke-14 menggantikan ayahandanya. Bagaimanapun, pemerintahan Baginda tidak lama, lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, Baginda mangkat serta-merta dipercayai diracun. Baginda mangkat di Kuala Selangor dan dimakamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.

 15. Sultan Ahmad Riayat Shah (1761)
Sultan Ahmad Riayat Shah dilantik menggantikan ayahandanya ketika berusia sembilan tahun. Baginda bersemayam diKampung Bulang, Riau (sekarang di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, INDONESIA). Memandangkan usianya yang masih muda, kuasa pemerintahan Kerajaan Johor dipegang oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja (Yamtuan Muda ke-3). Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah".

 16. Sultan Mahmud Shah III (1761-1812)
Selepas kemangkatan Sultan Ahmad Riayat Shah, Sultan Mahmud Shah anak kepada Sultan Abdul Jalil (Sultan Johor ke-12) ditabalkan menjadi Sultan Johor ke-16 dengan gelaran Sultan Mahmud Shah III. Ketika itu, baginda memindahkan pusat pemerintahan ke Daik, Lingga (sekarang dalam Provinsi Kepulauan Riau, INDONESIA) Ketika itu juga, pentadbiran kerajaan berpecah menjadi empat entiti iaitu Temenggung mentadbir Johor (dan Singapura), Yamtuan Muda di Riau, Bendahara di Pahang dan baginda sendiri sebagai Sultan memerintah di Lingga. Inilah permulaan istilah kerajaan Johor – Riau – Lingga dan Pahang yang dipakai sampai ke hari ini bagi merujuk sejarah Kesultanan Melayu yang muncul selepas Melaka - sebuah pemerintahan beraja yang terbentuk melalui gabungan 4 entiti berbeza di dalamnya. Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga pada tahun 1812 tanpa menamakan pewaris.

17. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1812-1819)
Mengikut adat raja-raja Melayu, anak sulung biasanya dinamakan sebagai pengganti sesudah sultan terdahulu mangkat. Malangnya adat ini diketepikan dalam perlantikan Sultan Johor yang ke 17. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah III, Yamtuan Muda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai sultan mengetepikan kekandanya Tengku Hussin. Perlantikan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah ini turut disokong kuat oleh Belanda untuk memudahkan mereka mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Bagaimanapun, kekuasan baginda ke atas Kerajaan Johor tidak lama dengan kehadiran British, kuasa terbaharu yang hadir di kepulauan Melayu.

 18. Sultan Hussain Shah / Tengku Husin / Tengku Long / (1819-1835)
Campurtangan British memberi peluang kepada Tengku Husin menjadi Sultan Johor ke-18. Baginda memindahkan pusat pemerintahan dari Lingga ke Singapura. Sayangnya, sebelum sempat tiba di Singapura, British melalui wakilnya, Raffles telah lebih dahulu menjalinkan hubungan dengan Temenggung untuk mendapatkan kebenaran membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura. Permainan Inggeris dan Belanda menjadi satu sejarah buruk dalam kerajaan Johor. Kedua-dua Sultan Abdul Rahman dan Sultan Hussain yang menjadi Sultan Johor ke-17 dan 18 diperlakukan tak ubah bagai boneka mainan kedua-dua kuasa kafir tersebut. Kemuncaknya, pada 18 Mac 1824 telah termeterai satu perjanjian antara Inggeris dengan Belanda. Satu perjanjian yang membawa kepada kemusnahan salah satu Kerajaan Melayu selama lebih 300 tahun.

Perpecahan Kerajaan Johor ini menandakan musnahnya salah sebuah empayar Melayu yang hebat selain Acheh dan Patani yang pernah muncul selepas kejatuhan Melaka. Sejak perjanjian itu, Johor kehilangan kuasa ke atas Riau dan Lingga selain kehilangan Pahang yang mengistiharkan merdeka. Johor turut kehilangan Singapura setelah berlaku satu lagi perjanjian dengan Inggeris pada 2 Ogos 1824. Perjanjian itu antara lain menyerahkan kedaulatan Singapura dan pulau-pulau sekitarnya kepada Inggeris.

Tags: kenali johor

Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta orang

Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta orang. Begitulah hasil banci penduduk negara yang dilakukan tahun 2010 yang lalu. Dari jumlah itu, direkodkan terdapat seramai 2.3 juta orang warganegara asing yang menetap di negara ini. (saya percaya warganegara asing yang tidak direkodkan sekali ganda lebih ramai dari jumlah ini).

Pecahan warganegara mengikut ras:
- Pribumi = 67.3% (17.5 juta)
- India = 7.3% (1.9 juta)
- Cina = 24.6% (6.4 juta)
- Lain-lain keturunan (arab, eropah dll) = 0.8% (200,000 orang).

Dari jumlah 67.3% penduduk Pribumi, tidak dinyatakan pula berapa peratus pecahan pribumi Melayu, Orang Asli, Portugis, Siam, bumiputra bukan islam Sabah dan bumiputra bukan Islam Sarawak. Kalau ada yang tahu, mungkin boleh berikan info tentangnya, atau paling kurang info tentang bagaimana mendapatkannya.

ASAL USUL NAMA TEMPAT DI JOHOR

Asal-usul nama pada sesuatu tempat boleh muncul bergantung kepada beberapa sebab. Ada tempat mendapat namanya dari nama haiwan, ada juga berpunca dari nama tumbuhan, peristiwa-peristiwa dan tak kurang yang mendapat nama sempena nama tokoh tempatan. Antara contoh nama tempat di Johor yang unik dan punya maksud tersendiri adalah seperti Gelang Patah, Kelapa Sawit, Kukup, Rengit, Sungai Mati, Layang-layang, Tongkang Pecah, Buluh Kasap, Puteri Menangis, Tenang, Lima Kedai dan banyak lagi.
Artikal kali ini, biar saya mulai dengan asal-usul nama untuk pusat-pusat pentadbiran bagi sepuluh buah daerah di seluruh Negeri Johor.

1. Johor Bahru.
Nama ini berasal dari gabungan nama negeri ‘Johor’ dan kata ’baharu’. Asalnya, pemerintah Johor menitahkan pembangunan sebuah kota yang baharu perlu dibangunkan di Tanjung Puteri (di muara sungai Segget) bagi menggantikan Teluk Belanga di pulau Singapura sebagai Ibu negeri Johor yang baharu memandangkan pulau itu telah diserahkan kepada British. Ibu kota yang baharu itu kemudiannya dinamakan Johor Bahru, bermaksud ibu negeri Johor yang baharu.

 2. Batu Pahat
Nama Batu Pahat dikatakan berasal dari peristiwa memahat batu untuk mencari bekalan air tawar di kawasan pantai dekat dengan sebuah kuala sungai (sungai Batu Pahat sekarang). Kerja memahat batu ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (bangsa Siam bukan bermaksud Thai) di bawah pimpinan Awi Dicu pada tahun 1456 yang ketika itu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Batu-batu yang telah terpahat itu berbentuk perigi yang sekarang dinamakan Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat.

3. Muar
Muar lahir daripada perkataan ‘muara' bermaksud kuala sungai. Pada zaman dahulu, penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara sebatang sungai. Versi lain mengatakan, nama itu tercipta berdasarkan kata ‘muna-aru’ yang bermaksud tiga sungai dalam bahasa Tamil yang dinamakan oleh pedagang-pedagang dari India pada masa dahulu. Ketiga-tiga sungai itu merujuk kepada sungai Muar, sungai Serting dan sungai Pahang.

 4. Mersing
Asal Mersing kononnya berpunca dari nama seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh bernama Amer Singh yang dihukum buang daerah ke suatu tempat terpencil kerana melakukan kesalahan berat pada zaman dahulu. Hukuman berlaku ketika kawasan Mersing waktu itu belum menjadi tumpuan ramai penduduk. Bagi merujuk tempat buangan pesuruh sultan itu, penduduk sekitar menyebutnya Amersingh hingga tempat itu kekal namanya menjadi Mersing hingga ke hari ini.

5. Segamat
Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segar amat' yang lahir dari mulut Bendahara Tun Tepok dalam pelariannya bersama Sultan Ahmad dan pengikut ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh, terpaksa diusung ke perahu. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok berhajat mandi di dalam sungai. “Segar amat rasa badan ini” kata Bendahara Tepok setelah selesai mandi. Ungkapan ‘segar amat’ ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan tempat yang mereka singgah itu sebagai Segamat pelesetan dari ungkapan segar amat.

6. Pontian
Nama Pontian dikatakan berasal dari kata ‘perhentian' bermaksud tempat berteduh dari gelora laut Selat Melaka. Dua batang sungai yang saling berdekatan kedudukannya sering digunakan oleh nelayan dan pelayar yang hendak ke Melaka atau Singapura sebagai tempat berteduh. Tempat ini juga sering digunakan sebagai tempat perhentian oleh para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Kata ‘Pontian’ itu akhirnya dipakai sebagai nama untuk tempat tersebut hasil evolusi dari nama Perhentian.

7. Kota Tinggi
Kota Tinggi mendapat namanya sempena lokasi sebuah kota yang dibina di atas kawasan tanah tinggi di tebing sungai Johor bagi menangkis serangan Portugis yang ketika itu sedang bernafsu melenyapkan saki-baki kuasa Kesultanan Melayu Melaka yang telah ditundukkannya pada tahun 1511. Kota ini seterusnya berkembang menjadi ibu kota pertama bagi kerajaan Johor-Riau sebelum musnah dalam beberapa siri serangan oleh angkatan perang Aceh dan Portugis.

8. Tangkak
Nama Tangkak timbul dari gabungan dua perkataan ‘tang’ dan ‘merangkak'. Peristiwa itu berlaku ketika seorang peneroka, Long Mahmud bersama tujuh saudara yang dikatakan terpaksa merangkak untuk naik ke tebing sebatang sungai kerana tanah sekitar kawasan itu lembut dan mudah jerlus ketika melintasinya. Kerana kebiasaan tabiat merangkak, penduduk setempat menyebut tang Merangkak bagi merujuk kawasan itu. Ungkapan ‘tang' memang biasa digunakan orang Melayu bagi merujuk suatu tempat.

 9. Kluang
Bandar Kluang diambil namanya sempena nama seekor haiwan, keluang, sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk setempat berjaya membunuh haiwan lain seperti tupai dan sebagainya yang menceroboh dusun, tetapi mereka gagal menghalau keluang yang begitu banyak datang ke situ lebih-lebih lagi pada waktu petang. Haiwan keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit (sekarang Gunung Lambak) di belakang kampung mereka. Akhirnya khidmat dukun terpaksa dipanggil untuk mengadakan suatu upacara di bukit tersebut bagi memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung.

 10. Kulai

Kulai berasal dari perkataan Gui Lai, dari dialek Cina yang bermaksud ‘Kura-kura datang’. Menurut sejarahnya, kawasan Kulai sering menerima bencana banjir bila tibanya musim hujan. Bila banjir, berpuluh-puluh kura-kura akan muncul dari tebing sungai berdekatan dan bergerak menuju ke petempatan masyarakat Cina Hainan. Oleh masyarakat Cina, nama kawasan ini dinamakan Guilai hingga lama-kelamaan berubah menjadi Kulai.



Rujukan: www.johordt.gov.my, www.sirloinskipper.fotopages.com