Rabu, 25 Julai 2012

Mana Mak?



Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
... ...
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Selasa, 24 Julai 2012

Berapa Kalikah Kita Sudah Melukakan Hatinya?

Untuk renungan dan pengajaran buat kita semua...




Semasa kita berumur 1 tahun,
Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam

Semasa kita berumur 3 tahun,
Ibu menyiapkan makanan istimewa dan
berzat untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai

Semasa kita berumur 4 tahun,
Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

Semasa kita berumur 5 tahun,
Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

Apabila kita berumur 7 tahun,
Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit, " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun,
Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,
membawa kita shopping,
menghantar kita ke rumah kawan dll
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih,
setiap kali Ibu menghantar kita

Apabila kita berumur 11 tahun,
Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin
tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur 12 tahun,
Ibu menasihatkan kita supaya tidak
terlalu banyak menonton TV
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV,
sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah

Apabila kita berumur 13 tahun,
Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"

Apabila kita berumur 16 tahun,
Ibu inginkan dakapan setelah penat
dan baru balik bekerja sehari suntuk
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di
dalam bilik

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan,
Ibu menangis gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut
malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

Apabila kita berumur 19 tahun
Ibu membelanjakan wang yang banyak
untuk menhantar kita ke universiti,
mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm
takut malu dilihat kawan-kawan

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-
kita ada boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam
ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan
tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan
kerja baru
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu
tidak cantik kerana Ibu yang belikan

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis
gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat
tentang penjagaan bayi- anak kita

Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain
Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis
kenduri di kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan
dan kasih saying
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan
membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan
terpaksa balik segera

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah
kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan
jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Sabtu, 21 Julai 2012

Bijak Sungguh Yahudi Memperdayakan Umat Islam…








1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.


5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Cola dan Pepsi-Cola.


7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.



8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Rabu, 18 Julai 2012

[IKTIBAR] Sedapnya Lelaki Itu Makan Biskut Aku...

Kisah ini berlaku di sebuah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.

Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya.

Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".

Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat.

Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya, didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!

Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir. Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir coretan ini dan moral dari kisah ini ialah "never judge the book by it's cover". - jangan menilai buku berdasarkan kulitnya, begitu jugalah jangan mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan awda mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita ni sangkakan.

Renung-renungkan, fikir-fikirkan bersama. -arab-families.com

Isnin, 16 Julai 2012

8 Kali Ibuku Berbohong Denganku...

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu. -iluvislam

Isnin, 9 Julai 2012

WANG KERTAS BARU



          Gambar Wang Kertas Baru 2012 Malaysia. Wang kertas ni dijangka akan dikeluarkan oleh Bank Negara mulai 17 Julai 2012. Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro.

Gambar Wang Kertas Baru 2012


















Ahad, 8 Julai 2012


Pembahagian Harta Pusaka Bagi Orang Islam

by Dr. Zaleha Kamaruddin

Berwasiat
Tidak berwasiat
Pengakusaksian dan pelaksanaan ditentukan oleh peruntukan dalam Akta Wasiat 1959.
Pemberian harta melalui wasiat tidak boleh melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si mati Ia tidak boleh untuk kepentingan yang bertujuan bertentangan dengan agama Islam.
Termasuk baki harta si mati selepas pelupusan satu pertiga yang sah bawah wasiat dan selepas pembayaran perbelanjaan pengebumian dan hutang si mati.
Saudara yang masih hidup
Hak
Pasangan (suami sahaja)
Suami mendapat separuh daripada harta isteri. Adik beradik lelaki dan perempuan berhak kepada bahagian mereka mengikut undang-undang Islam.
Pasangan (suami) dengan anak-anak
Suami mendapat satu perempat, selebihnya kepada anak-anak (lelaki mendapat dua kali ganda daripada bahagian perempuan).
Pasangan (isteri sahaja)
Isteri mendapat satu perempat (kecuali di Selangor). Adik beradik lelaki dan perempuan berhak kepada bahagian mereka mengikut undang Islam.
Nota: Jika lebih daripada seorang balu, bahagian mereka adalah sama banyak.
Pasangan (isteri) dengan anak-anak
Isteri memperoleh satu perlapan.
Nota: Jika lebih daripada seorang balu, bahagian mereka adalah sama banyak.
Tidak ada waris kadim yang sah
Bait-al-Mal (Majlis Agama) – tanah dikembalikan kepada pihak berkuasa tanah kerajaan.

Dr. Zaleha ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

Panduan-panduan Keselamatan di Rumah

Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.

Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah:

· Terjatuh

· Terkena api

· Terambil racun

· Sesak nafas atau tercekik

· Lemas

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda serta persekitarannya selamat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun anda harus ingat bahawa walau apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan persekitaran kanak-kanak anda selamat, perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah untuk mendidik anak anda untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Pelan anda untuk menjadikan rumah anda selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil kira penglibatan anak-anak anda ini adalah kerana ia dapat diperbaiki dari masa ke semasa melalui bantuan dan pandangan anak-anak anda.

Perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda lebih selamat, ialah:

Jangan sekali-kali membiarkan bayi anda di rumah bersendirian, di atas katil atau meja, atau di dalam tandas tanpa diiringi oleh orang dewasa

Jangan tinggalkan beg plastik atau belon di kawasan yang boleh dicapai oleh bayi. Kanak-kanak boleh mengalami kesesakan nafas apabila bermain dengan benda-benda ini

Jangan tinggalkan objek-objek kecil terbiar di merata tempat. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh tercekik apabila meletakkan objek-objek kecil dalam mulut atau boleh mencederakan diri dengan meletakkannya ke dalam hidung

Pastikan pengasuh anak anda, ialah seorang yang mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak

Pastikan tingkap rumah anda dilengkapi dengan besi bersilang dan anjung rumah tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak

“Baby walkers” merupakan alat permainan yang merbahaya dan tidak membantu anak anda belajar berjalan lebih awal.



Pastikan buaian yang boleh dilambung, dipasang dengan betul dan mempunyai dasar yang lebar berbanding rangkanya. Letakkan sebuah tilam atau bantal seluas dua kali ganda kawasan dasar buaian apabila buaian digunakan.

Jangan biarkan benda-benda yang tajam di merata tempat dan di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak

Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok sepenuhnya.

Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran.

Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah.

Elakkan daripada memegang air panas atau benda-benda panas apabila adanya kehadiran kanak-kanak berdekatan dengan anda.

Gunakan minyak tanah yang diiktiraf oleh SIRIM. Use kerosene that has been SIRIM certified.
Jangan tinggalkan anak anda bersendirian dekat dengan air.

Untuk mandi dengan air panas, penuhkan bekas mandi dengan air sejuk terlebih dahulu, kemudian barulah tuangkan air panas dan bukan sebaliknya.

Pagarkan kawasan disekeliling kolam mandi anda.

Gunakan kerusi kanak-kanak yang sesuai dengan umur anak anda apabila mengadakan perjalanan melalui kereta, TERUTAMANYA UNTUK JARAK PERJALANAN YANG PENDEK. Kebanyakan kes kemalangan berlaku dalam perjalanan yang pendek.

Jangan mendukung anak anda semasa menumpang kereta, dengan anggapan bahawa dengan cara ini anak anda berada dalam keadaan yang selamat. Sewaktu kemalangan, anak anda boleh terpelanting dari dukungan anda, atau badan anda boleh mengenakan impak ke atas anak anda.

Kanak-kanak di bawah umur 12 bulan tidak boleh menumpang di kerusi belakang basikal. Kerusi-kerusi ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih tua. Bila membawa kanak-kanak yang lebih tua, pastikan mereka memakai topi keselamatan basikal mereka.

Pagarkan tangga di rumah anda jika anak-anak anda baru mula belajar merangkak atau berjalan.

Jauhkan anak anda daripada mesin memotong rumput apabila rumput halaman rumah anda sedang dipotong
Simpan ubat/bahan-bahan mudah terbakar/sabun/racun rumah seperti pembasmi kuman atau penyembur serangga ditempat yang jauh dari capaian kanak-kanak. Labelkan benda-benda yang berbahaya sebagai tanda amaran kepada kanak-kanak.

Periksa rumah anda untuk cat yang mempunyai kandungan plumbum. Sisa-sisa dari cat ini boleh mengakibatkan keracunan yang serius jika ditelan. Tukarkan cat anda kepada jenis yang bebas daripada bahan plumbum.

Pastikan tumbuh-tumbuhan yang anda miliki tidak beracun.

Belajar kaedah pertolongan cemas untuk kanak-kanak. Beri didikan kepada anak-anak anda tentang kaedah-kaedah pertolongan cemas.

Didiklah anak-anak anda cara untuk berenang.

Jangan biarkan alat-alat elektrik di dalam tandas.

Jangan biarkan alat elektrik yang rosak di rumah, kerana anak anda mungkin akan cuba menggunakannya.

Tutup punca-punca elektrik di rumah anda dengan penutup yang khas.

Jangan biarkan anak anda bersendirian dalam kereta.

Pastikan semua alat permainan anak anda memiliki ciri-ciri keselamatan.

Labelkan semua bahan-bahan beracun yang disimpan dalam rumah dengan pelekat-pelekat yang boleh dikenalpasti oleh kanak-kanak sebagai bahan yang berbahaya dan tidak boleh disentuh.

Jangan biarkan anak-anak bermain mercun atau cuba untuk membuat mercun secara bersendirian.

Pastikan anak anda memakai pakaian yang sesuai apabila bermain.

Pastikan taman permainan yang digunakan oleh anak anda adalah selamat untuk kanak-kanak.

Jangan sekali-kali membawa kanak-kanak sebagai penumpang motorsikal. Penunggang motorsikal merupakan kumpulan terbesar yang mengalami kemalangan di jalan raya. Gunakan kaedah pengangkutan lain yang lebih selamat.

Diadaptasi dari “Garispanduan Kaunseling Untuk Keselamatan Kanak-Kanak dan Remaja”, terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Panduan Memilih Makanan Berkhasiat Sempena Bulan Puasa

Pada bulan Ramadhan, sepanjang siang hari kita berpuasa maka apabila tiba waktu memilih makanan untuk berbuka, kita akan membeli atau memasak sahaja semua makanan yang terlintas di kepala tanpa memikirkan nilai pemakanan dan kesannya kepada kesihatan. Bagaimanakah untuk memilih makanan yang sesuai pada bulan puasa supaya disamping kita dapat menikmati rasa yang sedap, berkhasiat dan memperolehi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Bulan Ramadhan adalah sama seperti bulan-bulan yang lain tetapi bezanya kita makan di waktu malam. Sebaik-baiknya kita membahagikan waktu makan kepada beberapa waktu hidangan supaya tidak memberi beban yang teruk kepada perut di samping tubuh kita mendapat cukup kalori untuk keperluan seharian. Jika pada hari-hari biasa kita mengambil sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, begitu juga di bulan puasa. Cuba amalkan makan secara berperingkat seperti pada waktu berbuka, mulakan minuman dan kuih-muih atau buah-buahan. Ini sebagai pengenalan atau pendahuluan kepada perut kita yang kosong. Kita memberi rehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib. Selepas ini barulah perut kita akan lebih bersedia menerima makanan dalam kuantiti yang lebih banyak.

Di samping kuantitinya, kualiti pemakanan juga perlu dititikberatkan. Ini untuk memastikan tubuh kita kembali menerima tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh terkandung di dalamnya. Amalkan pemakanan seimbang di mana kita perlu memastikan semua sumber karbohidrat (kanji), protein, lemak, vitamin, mineral dan air di ambil dalam jumlah yang sesuai dan mencukupi.

Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba memodifikasikan diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.

Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;

Kurangkan penggunaan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa menggoreng dan menumis juga kita perlu meminimakan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat dan memastikan kita lebih berjimat-cermat.

Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).

Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buaha-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.

Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa.

Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan

Semoga dalam bulan Ramadhan ini, kita adalah di antara individu yang bijak memilih makanan yang sihat di samping berjimat-cermat dalam memilih makanan yang sesuai.

Sumber Dari : Kementerian Kesihatan Awam Malaysia

Jumaat, 6 Julai 2012

Melukis potret gergasi mengunakan manusia





        Alan craig, seorang artist dari us telah membuat potret dari gabungan manusia beliau mengunakan kombenasi seramai 200 orang untuk membentuk lakaran wajah , jom kita tengok ok tak kretiviti beliau layan ..



























Isnin, 2 Julai 2012

Selamat Pengantin Baru ucapan buat Shafiq & Fiza
 Majlis tesebut telah belangsung di rumah pn. hjh rukeah (cik erah) pada 01 jul 2012 di kg. sri bengkal

pasangan raja sehari takniah semuga kekal hingga akhir hayat drp warga  sri bengkal
tuan rumah menyambut tetamu
tukang kayu masak dari kiri master chef nizam, chef subed and chef sarban 

org kg rewang

merawang


para jemputan menjamu selera

kendarat wanita 


tertamu yang hadir

ambil coklat

makan dik

ketua rewang saudara adnan sariman

pelayan tetamu (nak nasi apa bang)

jamuan yang disediakan nasi bariani tampal , kambing, ayam masak  merah,
 rojak  ,  daging bariani, buah jambu asam sedap 2

hello bro cayalah kalo xda lu hancus tak terbasuh cawan 2 -sis  UTHM

ni lagi satu geng kalau uall tak ada pakat makan pakai pinggan kertaslah
apa-apa sy ucapkan berbanyak tema kasih bro-sis UTHM


didapur panas beb   --- terima kasih 

abang pengantin

keluarga pengantin sebelah fiza

lu buat apa tengah panas ni beb

kompang mana u baca sendiri
apa-apa ini ja admin dapat uplode kan ... TQ