Selasa, 22 Januari 2013

Beruntungnya Pasangan Muda Singapura!

Setiap warga Singapura yang baru lahir akan terima wang minima $6000

SINGAPORE NAIKKAN BONUS TINGGI LAHIR ANAK - Ibu yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi akan mendapat ganjaran lumayan daripada kerajaan berikutan langkah memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.

Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. Syarat ini tertakluk untuk anak pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).

Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum ini.

Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).

Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. Di bawah pakej yang diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan.

Lain pulak di Malaysia, Kerajaan suruh beranak banyak-banyak untuk capai 70 juta penduduk tapi sekupang pun tak bagi. Apa nak buat terima saja la...wakaka

Sabtu, 12 Januari 2013

Masakan katak hidup mengerikan dari jepun - Agak kejam





Hidangan Katak Hidup Yang Kejam Dari Jepun. Forg Shasimi, nama Masakan Katak Hidup Mengerikan ini, yang disajikan di Restorant Asadhaci Tokyo, Jepun. Katak ini bukanlah Katak China yang biasa menjadi Sajian Makanan di Rumah Makan Seafood. Ukuran Tubuhnya jauh lebih besar dibandingkan katak china, Katak jenis Bullfrog ini dipesan dan didatangkan langsung dari Afrika.






Katak atau nama bekennya Kodok ini, ketika dihidangkan masih dalam keadaan hidup-hidup. Hingga bila ada pelanggan yang memesannya, Katak ini akan dan dipotong dari belakang dan dilongseng, Paha hingga Kakinya. Sementara bahagian dalamnya dibuang dan Bagian Kepalanya masih utuh dan segar.

Saat dihidangkan ke dalam mangkuk, Mata Katak ini tampak berkedip dan Tubuhnya masih terlihat bergerak..hii Seraam Kan!!.Sahabat anehdankonyol.com biar gak penasaran lihat videonya dibawah ini :

  

Isnin, 7 Januari 2013

TIP-TIP MENJAGA BADAN MENGIKUT SUNNAH



              Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika kita mengamalkannya, berat badan kita akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanannya) . Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

6. Nabi menjaga kesihatan dirinya adalah dengan tidak makan berlebihan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) - (Muttafaq 'Alaih)". Atau dengan bahasa mudahnya, makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Hal ini kerana, apabila perut kita kekenyangan, kita mungkin akan menjadi malas untuk membuat kerja atau melakukan ibadat. Mata pulak semakin berat dan akhirnya kita tertidur dalam kekenyangan.

7. Gemar berjalan kaki
Baginda juga menjaga kesihatan dengan gemar berjalan kaki. Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad mahupun apabila mengunjungi rumah para sahabat. Faedah daripada berjalan kaki adalah apabila kita berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Selain itu, berjalan kaki juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit jantung.


Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan mengandakan 10 kali kepadanya.
Wallahu'alam…

SAYANGILAH ANAK KITA SEBAIKNYA



Gambar yang amat menyentuh hati. Seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu :

Terbaca kisah adik ni dalam internet…..ibunya mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan ibunya, jadi si anak yang tidak berdosa ini melakarkan gambar ibunya seolah-olah dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan ibunya…..dia cuma budak berusia 4 tahun. Tidak memahami apa-apa selain inginkan belaian manja kasih sayang seorang ibu atau bapa.

Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan seperti makanan, tetapi berikanlah mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui. Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?

Sama-sama kita fikirkan sejenak….
*Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?
*Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?
*Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?…
*Adakah ada yang akan menenangkan anakku semasa dia dalam ketakutan?
*Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…
*Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…
*Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…

Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu YaAllah...

Ya Allah..Hanya kepadaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. Berikanlah aku perlindungan serta kesejahteraan.Panjangkanlah umurku Ya Allah, berikanlah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Hanya padaMu aku memohon dan kepadaMu jua aku berserah Ya Allah. Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun...

Amin…...

Ahad, 6 Januari 2013

Ritual 'Pembersihan Diri' yang Paling Mengerikan di Dunia (18+)

Beberapa hari terakhir mataku agak terpaku dengan foto – foto ritual ” pembersihan diri “ dari pulau Phuket negara Thailand ini .
Kerana akhbar –akhbar di Belanda, Belgium dan bahkan akhbar The Sun asal Inggeris juga menampilkan gambar ini.





Kalau akhbar The Sun asal Inggeris memuat gambar – gambar ritual “pembersihan diri “ini, biasanya akhbar yang lain juga memuatnya. Kerana The Sun banyak dijadikan nara sumber berbagai penulis berita.





Mungkin sudah banyak akhbar atau blog yang juga sudah memuat berita ini sebelumnya. Foto yang disajikan lebih mendominasi, dibandingkan dengan tulisan yang disuguhkan. Yang jelas, gambar – gambar ini bukan rekayasa dan bukan akrobat.





Tidak boleh disamakan dengan adegan ” Debus ” asal kota Banten yang merupakan pertunjukan semata. Kerana kalau anda sudah membaca rahsia pertunjukan debus, anda justru tidak heran lagi , melainkan boleh ketawa terpingkal – pingkal.





Foto – foto yang dipertunjukan warga Thailand di pulau Phuket ini berkaitan dengan ritual keagamaan asal China. Sebuah ritual pembersihan diri. Berbagai benda tajam ditusukkan dipipi kanan dan kiri.





Tidak sakit ?
Kata sakit hanyalah melekat dengan tubuh jasmaniah. Kerana didalam tubuh ditemukan susunan syaraf. Jika susunan saraf ini terganggu, maka seseorang dihadapkan pada rasa kesakitan.


Diberbagai ritual baik yang berbau tradisi semata atau keagamaan, seseorang dihadapkan pada proses pelepasan diri. Dimana manusia rohani menduduki strata yang lebih tinggi dari manusia jasmani.





Seseorang harus boleh melepaskan kedudukan badaniah untuk boleh mencapai keterikatan dengan rohani, dimana kesakitan tidak ada. Jika seseorang oleh melakukan ini, maka orang tersebut mempunyai kontrol terhadap rasa kesakitan.


Rasa sakit tetap ada, tetapi bisa dikontrol, dan bahkan bisa dilepaskan. Kerana dalam keadaan seperti ini orang tersebut tidak terikat dengan kekuatan badaniah melainkan kekuatan rohani.


Tidak heran, didalam berbagai ritual baik tradisi maupun keagamaan, seseorang berusaha mencapai puncak kenikmatan rohani atau orgasme. Jika didalam hubunga seks seseorang boleh mencapai orgasme, didalam ritual tradisi / keagamaan juga.





Bagi lelaki juga demikian. Seorang lelaki akan menikmati sebuah kenikmatan yang begitu luar biasa, jika pria tersebut mampu mengalami orgasme akibat rangsangan pada area G-spot di prostat. Dalam proses ” pembersihan” seseorang akan menuju strata kesedaran yang disebut ” trance. ” Dalam kondisi ini boleh disamakan dengan orgasme rohani. Mengapa ? Kerana area G-Spot di otak sudah tersentuh. Bandingkan dengan sentuhan pada G-spot di vagina atau area G-spot di prostat pada lelaki.





Yang namanya juga lagi orgasme, yang ada khan rasa kenikmatan bukan ? Memang ini memerlukan latihan dan ketekunan. Kalau yang ditusuk dipipi bukan hal yang kebetulan.


Dipipi susunan syarafnya konon berbeda , sehingga tidak separah dan sesakit jika dibandingkan dengan bagian tubuh yang lain.


sumber: forum.viva.co.id

Foto: Ngeri! Pasar Paling Berbahaya di Dunia Ada di Thailand


Sekilas pandang, Pasar Maeklong di Thailand terlihat sama seperti pasar tradisional lainnya, menjual buah dan sayuran. Tapi ternyata, pasar ini adalah yang paling berbahaya di dunia. Bayangkan, letak dagangannya cuma 2 cm dari rel keretapi.

Pasar Maeklong atau yang juga biasa dikenal dengan nama Pasar Kereta Api Maeklong adalah pasar tradisional di Samut Songkhram, Thailand. Pasar ini dikenal sebagai yang paling berbahaya di dunia. Bukan kerana barang yang dijualnya, tapi kerana lokasinya yang sangat dekat dengan rel kereta api.


Jika biasanya pasar hanya mengambil lahan di bantaran rel, sekitar 5-10 meter dari rel, tapi pasar ini cuma perlu 2 meter untuk mengadakan lapaknya. Bukan hanya itu, pedagang di sini juga mendirikan khemah hingga ke tengah rel. Lalu, bagaimana jika keretapi datang?

Seperti yang detikTravel lihat dari laman Migrationology, Khamis (3/1/2013), Pasar Maeklong seperti akan 'membeku' saat keretapi datang. Para pedagang dan pembeli seakan sudah lali dengan semua itu. Begitu sirine berbunyi tanda keretapi akan datang, semua bersiappi. Sedangkan penjual akan merapihkan khemah mereka.


Uniknya, khemah yang mereka buat memang sengaja didesain untuk boleh dilipat. Mereka hanya perlu menggotong tiang khemah jauh dari rel. Sedangkan barang dagangannya tidak ada yang diubah.

Keretapi akan berjalan pelan, sekitar 15 km/jam. Bahagian bawah keretapi hampir menyentuh barang dagangan di pasar ini. Para pendagang seakan sudah fasih menaruh barang jualannya agar tidak terkena keretapi, walau hanya dengan jarak 2 cm dari rel.


Setelah keretapi melintas, para pedagang akan membuka lagi khemah mereka. Pembeli berdatangan, aktiviti pasar normal kembali. Para pembeli akan menjadikan rel sebagai jalan setapak untuk mereka, berpindah dari kedai yang satu ke kedai lainnya.

Sebenarnya, sudah berulang kali pemerintah setempat berusaha mengusir para pedangang. Tapi apa boleh buat, penjual di pasar ini mengaku mereka sudah menempati tempat ini lebih dulu jauh sebelum rel dibuat, yaitu pada tahun 1905.

Setiap harinya, pasar ini akan dilalui keretapi sebanyak 7 kali. Pagi hari ada 4 keretapi yang lalu, dan bakinya tengahari dan petang hari. Para pedangan seperti sudah hapal dengan jadual perjalanan keretapi. Jadi, mereka sudah siap untuk merapikan tkhamahnya. Apakah anda berani berbelanja di pasar ini?.(*)

TIP MENANGANI ANAK

untuk ingatan kita bersama

.

1.Jangan pukul anak dari lutut keatas

2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Anak2 perlukan sentuhan dan belaian ,bukan dengan memukul atau mengherdik.

Selasa, 1 Januari 2013

BR1M 2.0 dibayar mulai Februari




Bernama


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

- Bernama