Isnin, 24 September 2012

Rahsia lambang singa di kotak rokok!


Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.

Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.

Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?

Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.


Singa Judah




Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.

Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.

Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.

Masih tak pasti?

Yehuda = Yahudi

Lion of Judah = Singa Yahudi

Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.

Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.









Sabtu, 22 September 2012

Ngeri!!! Mayat Wanita Mangsa Rogol Dibedah Siasat





Ingin Kongsikan gambar mayat wanita menjadi mangsa rogol dibedah siasat bagi yang tak boleh tengok gambar ngeri admin nasihatkan jangan tengok.Kita selalu dengar banyak kes rogol dan bunuh. Tapi korang pernah tengok macam mana mayat mangsa dibedah siasat ? Kes nie terjadi di Pakistan pada tahun 2008, budak perempuan berumur 17 tahun nie dijumpai sudah mati didalam rumahnya. Amat mengerikan ketika mangsa dibedah siasat. Aku tak letak gambar masa kemaluan beliau dibedah, ngeri sangat gambarnya.-penulissenja






Menakjubkan: Kontraktor China bina Hotel dalam masa 15 hari siap




Pada minggu lepas, negara China sekali lagi berjaya membuktikan keunggulan dalam bidang pembinaan apabila berjaya menyiapkan bangunan baru Hotel Ark. Hotel setinggi 30 tingkat dan berukuran 183,000 kaki persegi itu berjaya dibina dalam masa 15 hari atau 360 jam. Bangunan itu sekali lagi berjaya dibina tanpa melibatkan kecederaan pekerjanya serta mampu menahan gempa bumi sehingga 9 Skala Richter. Hotel Ark terbaru ini dibina berhampiran Tasik Dongting, juga dalam wilayah Hunan oleh Broad Group, sebuah syarikat pembinaan Cina yang pakar dalam seni bina lestari. Kedua-dua bangunan hotel ini menggunakan teknik bahan-bahan yang dipasang siap mengikut seksyen di kilang sebelum dicantumkan menjadi bangunan di tapak pembinaan. Untuk menyiapkan struktur bangunan utama, ia juga mengambil masa tidak sampai 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran. Keseluruhan bangunan siap dalam tempoh 15 hari. Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel. Satu lagi perkara menarik, kerja-kerja pembinaannya tidaklah berlanjutan tanpa henti dalam tempoh 15 hari. Malah para pekerja pulang sebaik sahaja waktu kerja mereka tamat pada pukul 10 malam. Pencapaian China itu menimbulkan kerunsingan dalam kalangan pakar ekonomi Amerika Syarikat tentang kemajuan negara itu dari sudut pembinaan. Apatah lagi, China kini berbangga sebagai kuasa baru dunia, kuasa ekonomi serta keupayaan komputer supernya. Sudah pasti keupayaan yang semakin ketara itu meresahkan Barat yang selama ini dominan dalam semua bidang.




RAHSIA MAMAK ROTI CANAI TERBONGKAR




Seorang penebar roti canai sedang tekun menjalankan rutin hariannya... Anda suka makan roti canai? Sudah pasti itulah makanan kegemaran rakyat Malaysia..Tahukah anda bagaimana cara mamak roti canai menyiapkan roti canai tersebut?.Jom kita saksikan video yang dirakam secara rahsia ini.Pasti anda akan berkata,Pehhh...Huhhh... Jika disebuah restoran mewah, anda boleh melihat chef menunjukkan kehebatan dan kemahiran mereka apabila memasak makanan yang paling pelik atau canggih. Di India, anda boleh melihat mereka beraksi hebat hanya di gerai makan jalanan.
Ehh...macam main ketuk-ketuk pulak... KLIK SINI

Selasa, 4 September 2012

Kejam!!


Kejam!! Presiden Myanmar Cadang Halau Keluar Etnik Rohingya Dari Myanmar


YANGON, Myanmar – Beratus-ratus sami Buddha di Myanmar semalam menyertai perhimpunan bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain.

Perhimpunan yang berlangsung itu merupakan petunjuk terkini sentimen anti-Rohingya yang mendalam di negara ini. Ia berlaku selepas satu keganasan melibatkan pergaduhan antara etnik Rakhine yang bergama Buddha dengan Rohingya pada bulan Jun lalu.


Dalam kejadian itu, seramai 80 orang terbunuh dan puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal. Pada Julai lalu, Sein mencadangkan agar Myanmar menghantar semua etnik Rohingya ke negara yang berminat menerima mereka.


Cadangan tersebut ditentang sebuah agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Myanmar menyifatkan etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Namun, Bangladesh juga didakwa tidak menerima etnik tersebut sekali gus menyebabkan mereka tiada kerakyatan. PBB menganggarkan kira-kira 800,000 masyarakat Rohingya tinggal di Myanmar.


Keganasan yang berlaku pada Jun lalu adalah disebabkan dakwaan bahawa seorang wanita etnik Rakhine telah dirogol oleh penduduk Rohingya. ~agensi

Isnin, 3 September 2012

KETURUNAN MAHSURI




GAMBAR TERKINI WAN AISHAH KETURUNAN MAHSURI YANG KE 7

Isnin, 3 September 2012



Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi
Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung.
Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas.
Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan.


Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.
Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.
Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.


Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.


Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.
Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University ofBangkok dalam jurusan komunikasi









Tanya Dr Nizar


Silap diagnosis boleh burukkan keadaan
DR NIZAR ABD JALIL


$entry.content.caption.value

Assalamualaikum, doa saya semoga Dr sihat sejahtera hendaknya.

Saya adalah seorang penjawat awam dari Pahang berusia 40 tahun. Saya aktif bersukan sehingga ke penghujung usia 30an. Saya sering sakit pada otot bahu kiri, belikat dan mengalami pening yang kronik hampir dua tahun lamanya. Pening (kehanyutan) bermula dari tengkuk, belakang kepala, ubun kepala dan juga bahagian atas kening mata.

Gejala kekejangan dan rasa nyeri juga kadang-kadang dialami pada otot tengkuk dan bahu. Selain itu, pergerakan leher dan bahu kiri tidak terbatas namun kadangkala ia berasa sengal dan tidak selesa manakala tangan kiri dirasai seperti kebas-kebas namun masih sensitif pada rasa. Akibat masalah ini, saya tidak boleh aktif dengan sukan lasak yang melibatkan banyak pergerakan seperti bola sepak dan futsal kerana akan mengalami sindrom kehanyutan tersebut.

Untuk pengetahuan doktor, saya pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan motosikal sekitar 12 tahun lalu. Saya telah merujuk kepada pakar ENT lebih setahun lamanya. Brain CT dan Brain MRI yang dibuat menunjukkan saraf telinga dan otak adalah normal.

Saya juga telah merujuk kepada pakar neurologi dan disarankan agar selalu bersenam, membuat senaman regangan otot leher, tidur dalam posisi betul serta menggunakan bantal sesuai. Rawatan dan pengawalan kolesterol juga telah dibuat namun saya disahkan tiada
penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Soalan saya:

1. Bagaimanakah caranya untuk menjalani temu janji, pemeriksaan dan rawatan daripada Dr. Nizar?
2. Sekiranya disahkan mengidap penyakit kronik, adakah kaedah suntikan radio frekuensi perlu dilakukan secara bersiri (dua hingga lima kali misalnya?) Saya juga ingin bertanya apakah kesan sampingan terhadap kaedah rawatan ini.

Mohon jasa baik Dr. untuk memberikan penjelasan.
Terima kasih.

Abdullah, Kuantan, Pahang.


Jawapan : Sakit tengkuk berserta sakit bahu / belikat dan pening merupakan gejala klasik untuk sakit sendi faset pada tengkuk (cervical facet syndrome). Ianya sejenis artritis sendi. Sendi ini kecil dan ada sepasang pada setiap ruas tulang belakang. Ia berguna untuk mendongak dan memutar tulang belakang ke kiri dan ke kanan. Jika orang muda mengidap sakit ini, ia biasanya dikaitkan dengan kecederaan masa lampau seperti kemalangan kereta, jatuh dan sebagainya.

Sakit pada otot bahu, tengkuk dan belikat amat ketara jika anda mengalami sakit sendi faset tengkuk. Pesakit akan perasan otot bahu atau lehernya menebal, ada ketulan yang amat sakit jika dipicit / urut, malah pesakit boleh melompat terkejut jika otot -otot ini dipicit. Gejala sakit otot ini dipanggil Myofascial Pain Syndrome dan kesannya melemahkan otot tersebut di samping rasa sakit dan kejang.

Salah satu sifat istimewa sakit otot myofascia pada leher dan bahu adalah kesakitannya boleh mimik penyakit lain terutamanya masalah ENT (pening, rasa hanyut atau memusing, telinga berdengung) slipped disc (kebas turun ke tangan), masalah mata (kabur), migrain dan juga gejala gastritis (kembung perut dan banyak sendawa). Jadi tak hairanlah pakar-pakar kadangkala tidak dapat menjelaskan punca gejala yang dirasai.

Lebih teruk lagi, keadaan ini boleh menyebabkan kesilapan diagnosis klinikal oleh doktor yang kurang arif dengan sindrom ini. Rawatan paling efektif adalah merawat penyakit sendi faset, iaitu punca kepada semua gejala yang disebutkan di atas. Rawatan mujarab antaranya suntikan radiofrekuensi yang akan melemahkan saraf yang membawa signal sakit pada sendi faset tersebut.

Hasilnya pesakit tidak rasa sakit lagi, mampu bergerak bebas dan lebih produktif. Sebenarnya kita tidak perlu risau proses artritis / penuaan jika ia tidak memberi rasa sakit. Apa yang paling menarik, semua gejala pelik dideritai sekian lama boleh sembuh sehari selepas rawatan radiofrekuensi.

Kebanyakan pesakit (80 peratus) memerlukan hanya sekali rawatan. Selebihnya mungkin perlu kali kedua sebagai rawatan susulan. Ini bergantung kepada keterukan penyakit dialami. Kesan sampingan yang serius disebabkan kaedah rawatan ini tidak akan berlaku jika ia dilakukan oleh doktor terlatih. Hal ini kerana suntikan dilakukan dengan kawalan mesin X-Ray.

Begitu pun, komplikasi serius boleh terjadi jika ia dilakukan oleh doktor yang tidak terlatih. Jika mahu, anda boleh mendapatkan rawatan ini daripada saya di HUSM atau Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.

Tanya Dr Nizar

Sakit sendi faset boleh melarat ke bahu
DR NIZAR ABD JALIL


$entry.content.caption.value

Assalamualaikum Dr Nizar.

Saya sering mengalami kesakitan pada bahu, urat belikat dan tengkuk di bahagian kiri. Keadaan ini berlaku setiap kali bangun daripada tidur dan kesakitan yang teruk akan berterusan sehingga tiga ke lima jam.

Begitulah keadaan saya pada setiap hari sejak lapan bulan yang lalu. Kesakitan pernah hilang kira-kira dua bulan lalu, tetapi muncul semula sejak dua minggu lepas.

Kesakitan biasanya datang semasa saya tertidur di atas lantai di bahagian ruang tamu. Saya pernah mendapatkan suntikan tahan sakit namun tidak berkesan.

Saya juga pernah menjalani rawatan di hospital dan beberapa klinik swasta, namun doktor mengatakan terdapat tisu koyak dan kecederaan pada otot.

Antara rawatan yg telah saya lalui ialah bekam darah, bekam angin, akupunktur, urut dan pengambilan pil Neurobion namun tiada yang dapat melegakan kesakitan saya alami. Kini saya dalam keadaan yang sangat tertekan.

Apakah sebenarnya penyakit saya ini dan apakah rawatan yang boleh doktor syorkan?

Terima kasih.


Shamsul, Klang, Selangor.


JAWAPAN : Sakit tengkuk, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sakit sendi faset tengkuk (cervical facet syndrome). Penyakit ini sejenis keradangan sendi (artritis) yang boleh berlaku di sepanjang tulang belakang kita. Bahagian paling biasa terlibat adalah pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian inilah yang paling banyak melakukan pergerakan pada tulang belakang kita. Sakit pada tengkuk akan lebih ketara pada waktu pagi selain daripada rasa kejang. Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul.

Selain itu, otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi sakit apabila dipicit. Pesakit juga berasa seperti kebas pada tangan atau jari. Jika sendi bahu sudah mula sakit dan susah digerakkan, ini menandakan anda mendapat penyakit susulan kesan daripada sakit sendi faset ini, iaitu kekakuan sendi bahu (frozen shoulder). Ini biasa berlaku pada pesakit yang mengidap sakit sendi faset tengkuk jika dibiarkan tanpa rawatan.

Rawatan perubatan alternatif banyak yang tidak terbukti keberkesanannya. Rawatan yang mujarab ialah suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi faset tersebut. Suntikan ini akan melemahkan saraf yang membawa signal sakit pada sendi terlibat. Apabila saraf sudah ‘kebas’, maka tiada lagi rasa sakit atau pening.

Jika kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses artritis kerana penuaan jika ia tidak memberi rasa sakit. Ramai orang yang mengalami artritis pada sendi tapi penyakit ini tidak mengganggu mereka.

Majoriti daripada pesakit (80 peratus) telah sembuh sehari selepas rawatan radiofrekuensi. Pengambilan suplemen antioksidan dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan memperlahankan proses penuaan.
Rawatan radiofrekuensi tidak terdapat di hospital kerajaan kecuali HUSM.

Tetapi rawatan ini boleh didapati di hospital swasta tertentu. Perlu diingatkan, hasil yang cemerlang daripada rawatan suntikan ini bukan disebabkan oleh teknologi atau suntikan semata-mata, tetapi ia banyak bergantung pada kepakaran doktor (yang terlatih) melakukan suntikan, diagnosis yang tepat dan masa yang betul (tidak terlalu serius). Sendi bahu yang sakit dan kaku boleh dirawat dengan suntikan ubat ke dalam sendi dan juga rawatan suntikan radiofrekuensi.

Gunung Lambak tarikan pelancong


Taman tema air yang sentiasa dikunjungi orang ramai terutama pada musim cuti.

 di hadapan kaunter Taman Rekreasi Gunung Lambak.

Antara rumah chalet yang disediakan di Gunung Lambak.

Jika berkunjung ke Kluang, tidak lengkap perjalanan sekiranya tidak singgah sebentar ke Taman Rekreasi Gunung Lambak yang terletak kira-kira 5 kilometer (km) dari bandar Kluang.

Taman Rekreasi Gunung Lambak adalah salah satu pusat tarikan pelancongan yang ada di daerah ini.

Dahulu, kawasan Gunung Lambak itu dikenali sebagai Gunung Lambak Eco-Resort.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kluang, Ahmad Ma’in berkata, taman itu menawarkan pelbagai kemudahan istirehat, rekreasi, sukan lasak dan kegiatan ilmiah di samping pengunjung berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara.

Menurutnya, taman rekreasi berkenaan mula dibina pada pertengahan 1999 dan siap sepenuhnya pada 25 Januari 2003 dengan jumlah kos pembinaan sebanyak RM8.85 juta di bawah peruntukkan Jabatan Landskap Negara.

“Ia meliputi dua fasa pembangunan iaitu fasa pertama, dibina pada November 1999 dan siap pada 31 Disember 2000 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM4.17 juta. Manakala, fasa kedua dibina pada 21 November 2001 dan siap pada 25 Januari 2003 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM4.68 juta.

“Lokasi taman rekreasi ini sangat strategik iaitu terletak lebih kurang 5.0 kilometer dari Bandar Kluang melalui Jalan Johor Tenggara meliputi kawasan pembangunan seluas 16.76 hektar (41.48 ekar) di atas tanah yang telah di rizabkan sebagai ‘Rizab Awam Taman Rekreasi Gunung Lambak’ di bawah jagaan Setiausaha Kerajaan Johor dan diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK),” katanya kepada Sinar Harian.


Tepati kehendak pengunjung

Jelasnya, pembangunan Taman Rekreasi Gunung Lambak yang berkonsepkan eko-lipur ini menepati kehendak penduduk tempatan yang gemar menjalankan aktiviti pendakian ke puncak gunung selain meningkatkan tahap pembangunan fizikal bandar Kuang.

Tambahnya, taman rekreasi ini mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2004 di bawah pengurusan swasta iaitu Lagun Merpati Sdn Bhd dan telah diambil alih pengurusannya oleh MPK mulai 1 Februari 2012.

Ahmad berkata, bagi mereka yang ingin beriadah bersama keluarga boleh membawa mereka ke puncak gunung bagi melihat keindahan fauna atau ke kolam renang yang disediakan.

Menurutnya, Gunung lambak juga sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan untuk melakukan riadah pada waktu pagi dan petang.

“Selain mendaki gunung, terdapat juga aktiviti senaman yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada setiap pagi. Kawasan tempat letak kereta yang disediakan, memudahkan mereka melakukan aktiviti riadah di sini.

“Setakat ini, Taman Rekreasi Gunung Lambak ini telah mendapat kunjungan daripada pengunjung tempatan dan luar negara terutama dari Singapura,” katanya.


Taman tema air jadi tarikan utama

Bagi Pengurus Kawasan Taman Rekreasi Gunung Lambak, Jamaliah Hashim berkata, taman tema air adalah lokasi tarikan utama pengunjung.

Menurutnya, taman tema air itu sentiasa penuh dengan orang ramai terutamanya pada hujung minggu, musim cuti sekolah dan cuti umum di mana mereka dapat beriadah bersama keluarga.

“Pengunjung dikenakan bayaran yang berpatutan untuk memasuki taman tema air ini.

“Selain itu, Gunung Lambak ini juga terkenal dengan aktiviti pendakian yang amat digemari masyarakat di daerah ini,” katanya.

Jelasnya, pada masa ini Gunung Lambak juga menyediakan aktiviti baru khusus untuk warga Kluang iaitu sukan Paintball.

Menurutnya, permainan Paintball itu akan diadakan sekiranya ada permintaan daripada pengunjung yang mahu menguji diri dengan aktiviti mencabar tersebut.

“Permainan Paintball tambah menyeronokkan apabila diadakan di dalam kawasan hutan lipur seperti Gunung Lambak,” katanya.

Warga emas hilang ditemui mati


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 September 2012


BATU PAHAT - Misteri kehilangan seorang wanita, Fatimah Omar, 99, sejak 26 Ramadan lalu terungkai apabila mayatnya ditemui di kawasan semak di kebun kelapa sawit, hanya kira-kira 300 meter dari rumah didiaminya di Sri Gading di sini, semalam.

Fatimah yang mengalami masalah nyanyuk ditemui kira-kira 11 pagi oleh seorang pemuda yang sedang meracun rumput di kebun itu di Lorong 3 Kampung Baru, Sri Gading manakala arwah sebelum ini tinggal bersama anaknya Saliman Podo, 55, di Lorong 2 kampung sama.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, warga emas itu ditemui dalam keadaan berkemban dan mayatnya telah reput.

“Seorang pekerja di kebun kelapa sawit yang sedang meracun rumput terhidu bau busuk sebelum menemui mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sinar Harian baru-baru ini melaporkan, Fatimah disedari hilang oleh keluarganya ketika hampir waktu berbuka puasa dan pelbagai gerakan mencari telah dilakukan namun tidak berjaya menemuinya.

Pada hari tersebut, keluarganya memanggil arwah untuk berbuka puasa bersama-sama namun panggilan itu tidak dijawab dan disangkakan warga emas itu tidur di dalam bilik tetapi setelah melihatnya tiada ahli keluarga terus mencari di kawasan sekeliling rumah namun usaha mereka menemui jalan buntu.

Din berkata, polis telah melakukan pelbagai usaha mencari sebelum ini termasuk dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan mengedarkan gambar arwah di tempat awam di sini sehingga ke Johor Bahru.

“Sebelum ini, arwah beberapa kali merayau dan hilang akibat masalah nyanyuk tetapi dapat dilihat oleh jiran-jiran yang kemudiannya menghantarnya pulang semula ke rumah.

“Bagaimanapun, pada hari itu, dia hilang pada waktu berbuka puasa jadi tiada sesiapa yang nampak kerana semua orang sibuk nak berbuka dan lebih malang dia hilang di kawasan semak dalam kebun kelapa sawit,” katanya.

Beliau turut menyatakan siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah dalam kes itu dan keluarga arwah mengenalinya menerusi kain dipakai, susuk badan dan rambut arwah.