Selasa, 25 Disember 2012

Banjir: Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah


25 Disember 2012


KUALA TERENGGANU - Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.
Katanya langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.
Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.
"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu.
Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang.
"Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan," katanya.

Empangan Paya Peda yang dibina dua tahun lepas dengan kos RM333 juta dijangka siap pertengahan tahun depan.
Projek itu terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage dan 17 kilometer dari Bandar Jerteh.
Apabila siap kelak, empangan seluas 77 kilometer persegi itu bakal dijadikan kawasan tadahan dan takungan bagi menampung 168 juta meter padu air untuk tanaman padi dua kali setahun di daerah Besut.- Bernama

Mangsa banjir di Pantai Timur kini hampir 11,000

25 Disember 2012

Anggota Tentera turut membantu membawa penduduk Kampung Gong Duek, Besut Terennganu untuk keluar selepas Jalan Pasir Akar ditutup akibat banjir. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.

Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376 mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa banjir di Johor kekal 16 orang.

Di TERENGGANU, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,052 orang petang ini manakala Kuala Terengganu menyaksikan pertambahan 91 mangsa kepada 808.

Bilangan mangsa di Besut ialah 1,096 diikuti Dungun (744), Setiu (717), Kemaman (611) dan Marang (269).

Pusat penempatan banjir yang beroperasi di Terengganu ialah di daerah Besut (16), Dungun (12), Hulu Terengganu (16), Kemaman (13), Kuala Terengganu (lapan), Marang (10) dan Setiu (18).

Sementara itu, Jalan Jerangau-Jabor yang ditutup pagi tadi dibuka semula kepada semua lalu lintas petang ini.

Bagaimanapun, Kilometer 13 Jalan Tembila ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana ditenggelami air sedalam semeter dan Jalan Penarik-Permaisuri di Kampung Nyatuh juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Di KELANTAN, jumlah terbesar mangsa dipindahkan ialah di Pasir Mas iaitu 2,049 diikuti Kuala Krai (355), Kota Baharu (264), Tanah Merah (217), Pasir Puteh (245), Machang (47) dan Tumpat (41).

Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai; Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah; dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Rantau Panjang masih mencatat bacaan di atas paras bahaya, menurut portal rasmi kerajaan negeri itu.

Setakat petang ini, tiada lagi jalan utama di negeri itu ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa. Cuaca ketika ini mendung dan diselangi hujan renyai.

Di PAHANG, 2,152 mangsa dipindahkan di Kuantan, Pekan (167) dan Rompin (57).

Beberapa laluan di kawasan Sungai Lembing ditutup kepada lalu lintas bermula hari ini berikutan paras air Sungai Lembing yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan berharap mereka bersabar.

Titah baginda, pihak bertanggungjawab kini sedaya upaya membantu mangsa yang terjejas dan meminta mereka tidak menyalahkan pihak berkenaan jika bantuan lewat sampai.

"Saya harap mereka tidak menyalahkan pihak yang datang memberi bantuan... mungkin keadaan jalan yang tidak berapa baik dalam keadaan cuaca hujan begini menyebabkan bantuan sedikit terlewat," titah baginda.- Bernama

Sabtu, 15 Disember 2012

Terekam CCTV sosok lelaki dengan tubuh dan wajahnya memancarkan cahaya d...




Lelaki Bercahaya Berjaya Dirakam Di Masjid Nabawi

Harian Metro

Ada yang kata rakaman yang menampakkan sorang lelaki bercahaya sewaktu khutbah Jumaat didalam Masjid Nabawi ni, hanya edit semata-mata. Mulanya kami ingatkan silauan matahari atau lampu spotlight dalam Masjid Nabawi. Tetapi apabila di’play’ semula secara perlahan-lahan, cahaya itu memang datangnya dari sosok lelaki yang berada ditepi tiang sekali.
Tapi ramai jugak yang percaya bahawa kejadian ni sebenarnya realiti untuk menunjukkan kebesaran Allah SWT kepada manusia.
Terpulanglah pada persepsi masing-masing. Kejadian sebegini memang tidak mustahil boleh berlaku. Dan kalau nak difikirkan, perkara macam ini kecik sahaja bagi Allah SWT berbanding penciptaan seluruh alam semesta dan juga segala isinya.
Apapun, yang baik tu kita jadikanlah tauladan, yang buruk kita buat sempadan. Tengok video kat bawah ini betul-betul dan ambik ikhtibar.
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia.” [Al Baqarah:117]








Selasa, 11 Disember 2012

Hampir mati kena main dalam lift .....

Dua orang pengendali membawa masuk keranda ke dalam lift. Tiba-tiba mereka meluru keluar semula untuk mengambil bunga manggar yang tertinggal. 

Mereka tidak sempat masuk semula kerana pintu lift itu segera tertutup lalu bergerak membawa bersamanya keranda dan penumpang lain ….saksikan apa yang terjadi seterusnya…





Jumaat, 7 Disember 2012

ASAL USUL HARIMAU MALAYA

Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara Malaysia.

Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya diperolehi.







Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940'an.

Pemain tersebut bermain di posisi 'striker' dan beliau adalah Dollah Don.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.

Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4.

Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College.

Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.

Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis.

Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya.

Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.

Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.


PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990'an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya.

Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia.

Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.

Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera.

Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi.


Pada era 1950'an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut.

Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai 'Harimau Malaya'.

Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.











Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.

Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu.

Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu.

Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0.


Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri.

Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.

Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia.

Rabu, 5 Disember 2012

Lihat cara lelaki ini seludup 1.8 juta Euro

Dua lelaki China ini ditangkap di sebuah pos pemeriksaan dekat Strasbourg Perancis bulan lalu dengan tuduhan membawa lebih dari 1.8 Million euro secara tunai yang disembunyikan di kerusi kereta, menurut Bea Cukai Perancis.
Wang pecahan 20,, 50 100, 200 dan 500 euro, yang sengaja disembunyikan di balik sandaran Audi A6. Bea semasa pemeriksaan kastam dipintu masukdi Schwindratzheim pegawai kastam merasa curiga dengan pemandu yang diperiksa menampakan kegugupan.
Dua orang yang tinggal di Portugal, telah melakukan perjalanan ke Paris dengan pesawat terbang. Di sana, mereka mengunakan kerita niat untuk pergi ke Wina, Austria, untuk berhibur menurut Mr Steiner. Mereka tetap dalam tahanan ketika ini untuk pemeriksaan selanjutnya.



• para petugas menemui 38.000 helaian wang not 20,, 50 100, 200 dan 500 euro, yang tersembunyi di sebalik sandaran kerusi kereta Audi A6



• Penangkapan dilakukan pada  11 November tapi Bea Cukai mengumumkannya hari ini kerana penyelidikan



• Kedua lelaki itu mengaku mereka sedang dalam perjalanan ke Wina untuk berhibur



• macam mana ni ada duit susah tak ada pun susah.....

AWAS Taktik Duit 'SYILING JATUH' Cara Terbaru CURI KAD ATAM


Sebuah rakaman CCTV di sebuah bank menunjukkan taktik terbaru mencuri kad ATM seseorang dengan 'duit syiling'. Rakaman video ini menunjukkan bagaimana seorang lelaki mengalihkan perhatian seorang pengguna yang sedang menggunakan mesin ATM dengan memberitahunya bahawa duit syiling beliau telah terjatuh di atas lantai.

Di dalam rakaman ini, mangsa yang berbaju jalur merah sedang menggunakan mesin ATM ketika ditegur bahawa duit syilingnya terjatuh di atas lantai, walaupun sebenarnya itu bukan duit syiling mangsa.

Ketika mangsa leka mengambil syiling tersebut, seorang lagi lelaki lain yang dipercayai rakan penjenayah mencuri kad ATM mangsa yang masih dalam berada di dalam mesin ATM.

Kepada semua pengguna mesin ATM, diharap tidak tertipu dengan taktik duit syiling ini.


Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama

Safee Sali hampir pasti sertai Johor

MOHD FAHMI ISMAIL
4 Disember 2012



PENYERANG sensasi kebangsaan, Safee Sali bakal menyarung jersi pasukan Johor bagi saingan Liga Super 2013.

Perkara ini dinyatakan sendiri Setiausaha Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Suhairi Hashim di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam ini.

"Safee bersama Johor sebagai pemain pinjaman mulai 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013. Bagaimanapun, dia tidak dapat bersama kita malam ini kerana tidak mendapat pelepasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Apa yang pasti Safee memang akan menandatangani dokumen perjanjian dengan Johor," katanya.

Suhairi juga enggan mendedahkan nilai gaji yang bakal diterima Safee.

Tambahnya, kehadiran Safee boleh mengembalikan semula kegemilangan bola sepak pasukan Harimau Selatan.

Sabtu, 24 November 2012

PROGRAM BAKTI SISWA BERTAMU DI HATI

                      23hb Nov 2012
                      Oleh Admin  @ S/usaha kg...  
              Sesi taklimat Program tersebut telah secara rasminya diadakan  pada jam 0530ptg  di Balai Raya Kg. Sri Bengkal oleh ketua Kg. Sri Bengkal En Hasan Bin Md Damin yang turut dihadiri oleh pensyarah pengirin selaku penasihat program Dr. Ahmad Rizal bin Madar, Muhamamad Norhafizie bin Ma.Hassan selaku pengarah program,
               Program ini akan akan dilaksanakan diseri bengkal selama 3hari mulai 23hb hingga 25hb Nov 2012 melibatkan perserta daripada siswa  DPLI (seksyen 13) UTHM yang dianjurkan bersama JKKK Sri Bengkal dan Persatuan Belia Tunas Sri Bengkal.

En Hassan menyampaikan taklimat kepada perserta program

perserta program

sebahagian perserta program



Tentatif Program adalah seperti berikut.
                             
1.2.1.   23 Nov 2012
                            
04.00pm         -           Dijangka tiba.
                                                     -           Taklimat bersama Ketua Kampung.
                             07.00pm          -           Solat maghrib (masjid)
                                                     -           Taskirah (masjid)
                             08.13pm          -           Solat Isyak. (masjid)


                  1.2.2.   24 Nov 2012
                            
07.00am          -           Senamrobik (Dataran Belia)
                             08.30am          -           Gotongroyong Tadika Kemas dan Klinik
                             02.30pm          -           Lawatan Ke IKS
                             04.30pm          -           Sukaneka (Dataran Belia)
                             08.30pm          -           LDK (Dataran Belia)
                             09.30pm          -           BBQ

                  1.2.3.   25 Nov 2012

09.00am.         -          Forum Bicara Remaja bersama Pemimpin (Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Batu Pahat)
11.30am          -          Majlis Penutup.          


admin mengucapkan selamat datang nanti update lagi ni nak kejar kemasjid pulak //@s/u SB

PROGRAM PADA 24 NOV 2012 Sebelah Pagi Senamrobik dan Gotong royong























Aktiviti Sebelah Petang Lawatan Ke IKS




















Sebelah Malam Bicara Remaja






Admin mohon maaf gika ada aktiviti yang tak dapat cover (sukaneka dan majlis penutupan) Sesiapa yang ada gambar-gambar dua acara tersebut boleh email pada admin...