Isnin, 11 Mac 2013

KISAH TRAGIS DISERANG HENDAP PENGGANAS

LAHAT DATU


KISAH di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.


Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya, sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.


Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superintendan Ibrahim. Yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.


Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.


Dia bernasib baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain.


Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.


Akhirnya dia diselamatkan. Kedua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.


Airmatanya berlinang. Dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.


Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang telah pergi menemui Illahi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para syuhada. (Trengganu Today)
-sabahkini.net-

Rabu, 6 Mac 2013

OPS DAULAT : Empat Suspek Pengganas Sulu Ditahan


06 MARCH 2013

SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.
Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. BERNAMA

LAHAD DATU : 67 Pengikut Sulu cuba ke Sabah dihalang polis Filipina

 

06 MARCH 2013








3:55PM Mac 6 2013

Media Filipina mengesahkan bahawa terdapat percubaan rakyat Filipina untuk belayar ke Sabah untuk membantu penceroboh Sulu, tetapi mereka telah dihalang oleh polis Filipina.

"Itu adalah arahan pejabat tertinggi untuk menghalang mereka daripada pergi ke sana," kata pengarah polis wilayah Tawi-Tawi, Joselito Salido kepada The Philippine Star.

Beliau mendakwa kira-kira 67 pengikut kesultanan Sulu tiba di Bongao dan bersedia untuk ke Sabah melalui jalan laut, tetapi telah dinasihatkan untuk tidak meneruskan rancangan mereka.

Bongao adalah sebuah bandar di wilayah Tawi-Tawi, Filipina. Ia terletak kira-kira 150km di timur Lahad Datu.

"Kami berunding dan bercakap dengan mereka supaya menimbang semula rancangan mereka itu kerana ini hanya akan menyukarkan lagi masalah tersebut," kata Salido.

Menurutnya, kumpulan lelaki itu datang dari Basilan dan Sulu, dan tidak bersenjata. Beliau menegaskan bahawa situasi di Bongao adalah tenang.

Sebaliknya, InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, melaporkan Sultan Sulu Jamalul Kiram (kiri) berkata beliau tidak boleh menghalang sesiapa pun pergi ke Sabah untuk membantu pengikutnya di sana.

Ketika ditemubual di rumahnya di Kampung Maharlika Taguig City, Jamalul berkata bukan anggota kaum Tausug sahaja - iaitu keturunannya - tetapi juga Yakan dan Sama yang mahu pergi ke Sabah jika mereka berpeluang.

"Kita tidak boleh menghalang mereka," katanya.

Ditanya sama ada beliau sendiri akan menghantar lebih ramai pengikutnya ke Sabah, Kiram berkata pengikutnya di sana sudah mencukupi.

"Mereka bukan pergi ke sana untuk berperang tetapi untuk menetap di sana. Anda tahu bagaimana sukarnya kehidupam di Filipinal Kebanyakan mereka adalah nelayan, manakala yang lain adalah petani."

Jamalul mendakwa malam tadi bahawa beliau telah bercakap dengan adik lelakinya, Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, dan diberitahu bahawa pengikut Azzimudie di Sabah tidak terjejas oleh serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia di kampung Tanduo semalam.

Menurut ABS-CBNnews.com, Jamalul turut mengecam Kuala Lumpur krana melabel pengikutnya di Lahad Datu sebagai "pengganas".

Anak perempuan sultan, Jacel Kiram, mendakwa bahawa tindakan memberi label tersebut adalah untuk menghalang campurtangan antarabangsa di Sabah.

Istihar Perang | Misuari istihar perang kalau Raja Muda Agmibuddin terkorban



Istihar Perang | Misuari istihar perang kalau Raja Muda Agmibuddin terkorban |Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu , Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu


TERKINI
Isytihar perang sekiranya Raja Muda Agmibuddin terkorban – Misuari
05 MAR 2013


 


MANILA – Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu , Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita.

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pepejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi tadi.-
abnxcess