Khamis, 25 April 2013

Foto-foto Ini Sungguh Mengharukan dan Menyentuh Perasaan

Luka tak boleh bermain, skateboarding, menyelam, bermain basket, atau memanjat, dan naik tangga. Namun, semua impiannya itu menjadi kenyataan setelah seorang fotografer asal Slovenia mewujudkan impiannya itu melalui karya fotografi yang kemudian diberi judul Little Prince. Demikian diberitakan The Huffington Post yang dikutip The Grind TV.













Anak berusia 12 tahun ini mengidap penyakit yang disebut muscular dystrophy dan tak boleh melakukan kegiatan seperti mencuci, memakai pakaian, bahkan makan. Dari kursi rodanya ia hanya boleh bermimpi melakukan semua itu.

Melalui sentuhan fotografer Matej Peljhan, yang juga psikologi di sekolah Luka, impian anakiu terwujud. Peljhan menolak memakai photoshop dan kemudian Luka meminta jika ia boleh bermain sejumlah aktiviti di dalam foto. Karya ini kemudian memenangkan penghargaan.

Isnin, 1 April 2013

Pemandu Lori Yang Hebat



Mesti korang tak perna tengok ini.....terbaik!!!

Bayi Dibuang Di Sungai


Bayi tu masih hidup.....kuasa Tuhan...kan!!

Seorang Lelaki Mengambil Gambar Mencemaskan




Seorang bekas penasihat undang-undang warga Ukraine mengambil gambar mencemaskan ini ketika mendaki bangunan dan bergayut dari menara di Kiev dan Moscow.Tanpa menggunakan alat keselamatan, pemuda berusia 26 tahun itu yang menggelar dirinya “Mustang Wanted” mempertaruh nyawa menerusi hobinya di peringkat ekstrem.





Aksi lagak ngerinya yang membuatkan orang gementar termasuk bergayut di bangunan hanya dengan sebelah tangan dan mengimbangkan diri secara menjinjit di atas batang logam yang tergantung tinggi.



Aksi berbahaya dilakukannya itu membolehkan dia mendapat jolokan nama samaran “Spider-Man sebenar” Dia menulis dalam laman Facebooknya: “Ketakutan tidak wujud. Kadang-kadang saya rasa macam robot. Saya tidak merasakan apa-apa.“Kematian bukan perkara terburuk yang boleh terjadi. Setiap orang akan mati, tetapi tidak semua orang dapat hidup sebagaimana yang mereka inginkan.





“Jika anda takut dengan semua perkara, anda perlu hidup dalam makmal yang telah disteril.” Mustang menegaskan dia lebih rela mati daripada mengalami kecederaan yang akan menamatkan kariernya. “Jangan cuba meniru aksi yang saya lakukan kerana ia benar-benar berbahaya.

“Saya sudah melakukan aksi ini selama bertahun-tahun, hanya untuk kepuasan diri. Jaga kehidupan dan kesihatan anda!” Mustang masih mencari peluang penajaan dengan menawarkan untuk dirakam bergambar bersama logo syarikat sambil bergayut dari bangunan pencakar langit setinggi 213 meter.

‘Di mana kami mahu tinggal?’



Dari kiri: Juhrah dan Betty tidak dapat menahan sedih apabila kediaman mereka musnah terbakar.

LAHAD DATU - “Hanya kerajaan sahaja boleh bantu kami untuk mulakan hidup baru” kata Hiya Majidil, 71, apabila melihat rumah didiami bersama 30 anggota keluarganya sejak 49 tahun lalu musnah akibat pencerobohan pengganas Kiram dari selatan Filipina.

Sinar Harian difahamkan, rumah Hiya antara empat rumah terawal yang dibakar pengganas yang berang kerana penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu enggan bersekongkol dengan mereka.

Katanya, pada 1 Mac lalu, ketika pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas di Kampung Tanduo, mereka sekeluarga melarikan diri sehelai sepinggang.

“Apa kami fikir cuma mahu selamat....kami tak sempat nak bawa apa-apa. Kami kemudiannya ditempatkan di pusat pemindahan sementara sehinggalah hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hiya antara 100 penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang dibawa masuk untuk melihat kediaman masing-masing selepas 26 hari Op Daulat dilancarkan.

Kesedihan Hiya turut dikongsi anak perempuannya, Siti Aminah, 21, yang tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat rumahnya musnah.

Siti Aminah menangis teresak-esak sambil bertanya, "Di mana kami nak tinggal selepas ini?"

“Apa lagi yang tinggal untuk kami? Semuannya sudah hancur,” katanya sambil ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu jiran kedua beranak ini, Juhrah Jowak, 48, turut mengalami nasib yang sama apabila rumah mereka turut musnah dibakar pengganas.

Menurutnya, ketika dia melarikan diri bersama keluarganya, rumahnya masih elok lagi dan apa yang dilihatnya semalam sememangnya tidak diduga sama sekali.

“Saya ingatkan rumah saya masih elok.... tetapi lihatlah apa yang sudah terjadi.... bukan saja rumah, malah kebun kami juga turut musnah,” katanya.

Selain Juhrah, adiknya Betty Jowak, 39, dan jirannya Suraidah Omar, 33, juga turut menerima nasib serupa.

Suraidah berkata, dia mengharapkan supaya kerajaan membantu menyediakan kediaman baru buat penduduk yang rumah mereka musnah dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas.

Bila ceramah motivasi merepek




ULASAN Apabila jenama ‘Islam' itu laris, ramai orang menggunakannya. Sama ada mereka itu ikhlas kerana Allah, ataupun kerana ‘market demand' hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Bermula dari pelbagai produk makanan dan barangan cuba dikaitkan dengan agama sehingga kepada pelbagai jenis motivasi. Akhirnya, agama kelihatan murah dan selekeh.

Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi SAW Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut: "Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!"

Saya sering menjawab mereka dengan berkata: "Tamar Nabi SAW baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi SAW punya."

Malangnya, orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi SAW'. Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengekplotasikannya.

Tuntutan pasaran

Saya tidak menyatakan semua, tapi sesetengah penceramah motivasi yang tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan pendapat utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand' (tuntuan pasaran).

Apabila mereka melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasukkan unsur agama dalam ceramah-ceramah mereka. Malangnya, mereka mula ‘merepek' ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.

Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada SMS, telefon, WhatsApp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini.

Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar menggayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.

Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak. Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah.

Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak. Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri yang bermaksud:

"Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu), dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah; dan berundinglah antara kamu (dalam hal penyusuan) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu (suami) memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (Ingatlah) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."(Surah al-Talaq ayat 6-7)

Hatta dalam iddah dan selepas bercerai pun masih ada tanggungjawab suami. Inikan pula semasa perkahwinan masih berjalan. Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya." (Surah al-Baqarah ayat 233).

Walaupun majoriti ulama berpendapat ibu hanya disunatkan ataupun digalakkan menyusukan anaknya, namun mereka tetap berpendapat jika tiada siapa selain ibu yang dapat menyusukan anaknya, maka menjadi wajib ke atas ibu untuk menyusu. (Wahbah al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2/360. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu'asir 1991)

Pandangan timbulkan salah faham

Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa.

Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang Allah fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi SAW mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda:

"Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan". (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan)

Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal. Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam. Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.

Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastruktur yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan. Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.

Nafkah haram?

Ada pula penceramah motivasi yang menyatakan anak-anak yang tidak cemerlang belajar disebabkan sumber wang pendapat bapa itu tidak halal. Isteri dianggap turut berdosa atas pendapatan haram suami. Kita bertanya, apa yang hendak mereka jawab mengenai anak-anak non-muslim yang cemerlang sedang ibu bapa mungkin terlibat dengan riba dan seumpamanya.

Dalam Islam, isteri-anak tidak bersalah atas kerja buat suami. Nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab suami. Dosa hanya ditanggung oleh pihak suami sahaja jika wang itu diterimanya secara haram. Adapun isteri dan anak, mereka menerimanya secara halal kerana ia nafkah yang wajib.

Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas'ud: "Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan".

Jawab ‘Abdullah bin Mas'ud: "Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya." (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675)

Dalam riwayat al-Baihaqi, seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?.

Jawab Ibn ‘Umar: Ya" (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138)

Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya.

Beliau menjawab: "Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi SAW pun menerima hadiah dari Yahudi, memakan makanan Yahudi, membeli dari Yahudi sedangkan Yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah SAW memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa."

Ahli motivasi juga jangan lupa, wang yang diperoleh melalui motivasi yang tidak benar dan menggunakan nama Allah dan rasul-Nya secara salah juga termasuk dalam senarai yang haram.

Bacaan datangkan khasiat

Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini Dia akan turunkan rezeki?

Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu'adz dan tukang cerita ini:

"...maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bidaah dalam bidang ini... di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan."

Mereka lupa sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi