Ahad, 23 Jun 2013

Aksi Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5







Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang jatuh dari tingkap tingkat lima sebuah bangunan di China berjaya disambut dan diselamatkan orang ramai yang melalui kawasan itu semalam.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik cemas itu apabila seorang pekerja penghantar di bandar Ninghai mendengar suara tangisan kanak-kanak perempuan dan bergegas ke arah suara itu sebelum mangsa jatuh ke tanah.




Ibu bapa kanak-kanak yang dikenali sebagai Qiqi itu meninggalkannya sendirian di rumah ketika dia sedang tidur.Tetapi kanak-kanak itu bangun dan memanjat keluar ke birai tingkap.Dia terjgelincir dan terjuntai setinggi 18.3 meter di atas jalan raya sebelum terjatuh.










Bagaimanapun, dua daripada lima pekerja penghantar tercedera ketika menyelamatkan mangsa.Seorang cedera di leher ketika menyambut Qiqi, manakala seorang lagi terseliuh lengannya.-mymetro, (gambar The Sun)












Isnin, 17 Jun 2013

Pelik Basikal Dalam Keadaan Berbogel




Beribu-ribu penunjuk perasaan menunggang basikal dalam keadaan berbogel di sekitar jalan-jalan utama di sini kelmarin.Tindakan tersebut dilakukan bagi memprotes sikap buruk pemandu kenderaan bermotor terhadap penunggang basikal.





Diadakan pada setiap tahun, acara antarabangsa itu berlangsung di sini buat kali kelapan.Ia merupakan sebahagian daripada acara Menunggang Basikal Berbogel Sedunia (WNBR) yang diadakan di 29 buah bandar di seluruh dunia sejak 2004.




Acara tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan semasa berbasikal.Mereka berbasikal tanpa seurat benang untuk menunjukkan kerapuhan tubuh manusia.Selain itu, acara kontroversi itu turut bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap isu alam sekitar dengan menggalakkan mereka basikal berbanding memandu kereta.Gerakan WNBR bermula pada 12 Jun 2004 di Vancouver, Kanada.-Kosmo

Basikal Paling Berbahaya Di Dunia


Seorang tukang paip mendakwa membina basikal paling berbahaya di dunia dikuasai oleh enjin jet buatan sendiri dan mempunyai kelajuan hingga 80 kilometer sejam.Colin Furze yang memegang tiga gelaran Rekod Dunia Guiness kerana ciptaannya termasuk skuter mudah alih terpantas dunia yang diubah suai daripada basikal Raleigh milik ibu kawannya.



Lelaki berusia 32 tahun terbabit memberi nama samaran Norah kepada basikal itu yang dilengkapi enjin jet di belakang yang dipanjangkan agar kedudukan penunggang jauh daripada enjin.
Bagaimanapun foto di sebelah menunjukkan Fruze dan rakannya tidak memakai pakaian atau peralatan keselamatan ketika mencuba basikal berkenaan. Pencipta Britain itu sangat dikenali di dunia maya kerana lagak ngerinya yang cukup luar biasa.-mymetro