Isnin, 13 Ogos 2012

Polis: Pasang lampu belakang rumah jika balik kampung

12 Ogos 2012


KUANTAN - Orang ramai yang akan ke luar daerah sempena cuti Hari Raya dan cuti sekolah dinasihatkan memasang lampu belakang rumah supaya cerah pada waktu malam bagi mengelak sebarang kejadian buruk berlaku.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata bagi mereka yang meninggalkan kenderaan di rumah, disarankan memasang kunci tambahan.

Orang ramai juga perlu memaklumkan kepada polis sekiranya ke luar daerah dalam tempoh yang lama bagi memudahkan pemantauan keselamatan pihak berkuasa di kawasan kediaman mereka, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata orang ramai boleh memaklumkan perkara berkenaan di mana-mana balai atau pondok polis berhampiran kediaman mereka.

"Selain itu, tinggalkan pesan kepada jiran sebelum meninggalkan rumah untuk balik ke kampung menyambut Aidilfitri," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan