Khamis, 5 September 2013
Kerana 20sen.., Menteri Tahu Apa..???
Nur Farhana Omar
Masuk ofis, termenung sekejap.., muhasabah diri sebentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi. Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah.. Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana.... Allahhurabbi....
Tiap pagi.., sebelum sampai ofis, akan saya berhenti beli nasi lemak disimpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pakcik tu kononnya... dan saya pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pagi. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecil bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yang sama dengan lengkap berpakaian sekolah.
Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, akan saya bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya,apalah sangat harga RM1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni...., dan dalam kesayuan suaranya, dia tak putus2 ucapkan terima kasih. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan untuk saya bersedekah.
Pernah saya bertanya padanya, bersekolah dimana, awalnya keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sebagainya. Katanya, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sebab tu kena keluar awal, (terkenang anak2 sedara dirumah yang sebaya dengan Ashraf, semuanya serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana, tapi lebih beruntung dari adik ini.. kesian adik ini....)
Setelah hampir 3 minggu berulang-alik dari rumah Ayah Bonda di Kajang (masih dalam mood raya kononnya), maka 3 minggu jugalah saya tak membeli nasi lemak pakcik dan tak berjumpa dengan Asyraf.
Hinggalah pagi ni.., saya memulakan kembali rutin membeli nasi lemak pakcik. Tapi, saya pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik macam selalu, saya belikan sebungkus dan saya berhentikan kereta saya disebelah Ashraf.
Saya: Ashraf...!!! akak tunggu Ashraf tadi, kenapa tak beli nasi lemak? dah boring nasi lemak pakcik ke...? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: ehhhh..., kak Jiha.. lama tak nampak.terima kasih banyak2 kak...., Ashraf ingat kak Jiha dah pindah... bukan dah boring.Tapi.. (muka sayu)
Saya: ehhhh.. kenapa macam sedih tiba2 ni.... jom akak hantar pergi sekolah nak..??? (setelah 2-3 kali saya bertanya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nak beli. Sebelum ni mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan petang, boleh la Ashraf beli. Tapi, minggu lepas mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Malam tadi mak potong duit lagi sebab mak kata minyak naik harga, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 jer... kak Jiha.... takpa la..., Ashraf beli karipap jer... disekolah nanti. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha.. mak pesan jangan tumpang orang. Jangan susahkan orang. Nanti mak marah. (sayu dan jujur anak kecil ni bercerita.... ku tahan air mata dari meleleh mendengar ceritanya)
Puasku pujuk untuk hantar ke sekolah, akhirnye dia beralah. Yes..., memang jauh sekolahnya... PJS7 ke Kampung Lindungan. Gigihnya dia berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar.
Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak. Ya Allah.. dan isu minyak, bukan kita sahaja yang terkena kesan dari kenaikan harga yang HANYA 20sen, tapi juga anak2 kecil yang tak tahu apa2.
Kerana mereka bukan dari keluarga yang senang (orang senang/kaya merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi sahaja). Tapi bagi mereka2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen mereka tak mampu lagi untuk membeli barang2 asas dan makanan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sebiji karipap suatu hari nanti.
Wallahuaklam....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan