Selasa, 31 Disember 2013

DOA UNTUK MENGELUARKAN JIN, MAKHLUK HALUS ATAU RACUN-RACUN ILMU SIHIR ATAU SANTAU DARI BADAN MANUSIA





Salam kepada pembaca yang budiman,

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.

1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.

Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1. SURAH ASY SYUARAA': AYAT 95 hingga 118.





2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.





3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.





4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.





5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118,





Wasallam.


terima kasih cedok drp
RESEPIRAHSIAKU

Isnin, 23 Disember 2013

MASUK NERAKA KERANA SEEKOR LALAT

        Islam adalah agama yang sangat mudah tapi jangalah dipermudahkan lagi. Untuk meraih syurga, kita sebagai hamba haruslah berusaha untuk meraihnya. Jangan takut dengan ciptaan Yang Esa kerana kita hanya perlu takut hanya kepada-Nya.

        Cara mendapatkan taqwa adalah satu pakej yang terdiri dari tiga perkara. Tiga perkara inilah yang paling penting dan paling asas dari keseluruhan usaha mendapatkan taqwa itu. Kalau tiga perkara ini tidak diperolehi dan tidak dihayati, maka usaha yang lain itu tidak ada erti apa-apa. Kalau dibuat pun sia-sia belaka. Tiga perkara dalam pakej itu yang dinamakan rukun taqwa adalah Iman, Islam, Ihsan.

       Kita biasa dengar tentang Iman sampai sudah lali. Kita biasa dengar tentang Islam sampai sudah lali. Kita pun sebut Ihsan sampai sudah lali. Tetapi kita tidak pernah tahu ketiga-tiga itu adalah rukun taqwa. Ketiga-tiga perkara di atas yang dijadikan satu pakej dinamakan rukun taqwa. Kalau rukun tidak ada kita tidak dapat tegakkan taqwa. Ibarat rumah, kalau tiang tidak ada, kita tidak boleh tegakkan rumah. Selama ini kita tidak pernah belajar atau diajar tentang rukun taqwa ini. Ia adalah asas, tapak atau benih taqwa.





Dari Tariq ibn Shihab,

“ Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekorlalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat.

Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda saw bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala.

Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah.

Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ” berkorbanlah walaupun seekor lalat“.

Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata “ aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia kedalam syurga.”
(HR Imam Ahmad)

Situasi ini mungkin sudah tidak berlaku di zaman sekarang. Tidak ada lagi orang yang memaksa untuk berkorban untuk patung ataupun berhala. Tetapi di zaman yang serba maju ini, keadaan ini sebenarnya masih berlaku tetapi dalam keadaan yang berbeza dan tidak lagi dipaksa tetapi rela. Menarik bukan.

Ingin dikaitkan hadis ini dengan situasi masyarakat sekarang yang masih taksub dengan bomoh. Bomoh yang membakar kemenyan dan meminta pengeras sebagai korban untuk mencapai hajat apa yang diingini. Bukankah situasi ini sama dengan kisah di dalam hadis tersebut.





Pengeras

Pengamal perubatan tradisional yang juga dikenali sebagai bomoh ataupun dukun akan mengenakan bayaran tertentu sebagai upah kepada perkhidmatan yang mereka berikan. Untuk nampak lebih hebat, kononnya jumlah bayaran tu telah pun ditetapkan oleh khadam ataupun jin belaan bomoh tersebut. Bayaran Pengeras tidak sama antara bomoh dan jenis penyakit. Dari puluhan ringgit hinggalah boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Pengeras yang agak tinggi biasanya akan cuba dibayar oleh pesakit walaupun tinggal sehelai sepinggan disebabkan desakan penyakit yang di alami. Cuba kita fikirkan, adakah jin memerlukan duit? Jin tidak perlu menghulurkan duit pun untuk membeli sekampit beras dikedai runcit.

Selain meminta pengeras dalam bentuk duit, ada juga yang meminta yang bukan-bukan seperti darah ayam, telur ayam kampung, pulut kuning. Barang-barang yang diminta oleh jin ataupun syaitan ini berlainan mengikut keadaan geografi (negara). Kenapa? Sebenarnya syaitan tidak memerlukan barangan tersebut. Tetapi mereka gembira kita dapat mengikut kemahuan mereka. Tujuan mereka cuma satu, untuk sesatkan manusia dan mendiami neraka bersama mereka.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Berserah kepada Allah swt. Jangan biarkan diri diperdaya oleh Syaitan. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh yang nyata.

P/s: macam-macam perkara syirik yang makin berleluasa sekarang kan? jangan lupa, kita ada Allah..

Ahad, 8 Disember 2013

AKSI BERANI MATI


Gambar Aksi Berani Mati Yang Tak Sanggup Anda Lakukan


Sanggupkah anda mendaki di gunung yang curam atau berada di atas pinggir banggunan? Seperti di dalam gambar-gambar ini menunjukkan bertapa mereka sanggup melakukan aksi-aksi berani mati yang mungkin akan mengorbankan nyawa mereka, jika tersalah langkah maut yang menjemput..







































Isnin, 2 Disember 2013

DOA SELAMAT DARI GANGGUAN MANUSIA, JIN DAN IBLIS.





Maknanya:


Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu.


in Sha Allah dengan izinNya dengan mengamalkan ayat dari penghujung surah Hud ayat 57 dapat memelihara kita sebaik-baiknya.


Wasallam.




Sumber:


YBhg Al-Fadil Ustaz Sharhan Shafie.

Isnin, 11 November 2013

Seorang "Ibu" Yang BODOH...???


Suatu hari, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pun berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?" Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

"Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.





Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.


Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.


Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.


Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.


Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.


Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.


Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.


Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.


Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.


Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

Nukilan ini adalah hasil rembatan terbaeeekkkk... gua dari Respeks Group.

Khamis, 24 Oktober 2013

Ubati strok dengan Al-Quran

Soalan


Assalamualaikum Tuan Haji. Dua minggu lalu ayah saya diserang angin ahmar. Doktor menerangkan berlaku pendarahan besar di dalam otak ayah. Kini ayah terlantar di hospital, lumpuh sebelah kanan badan. Ayah tidak boleh bercakap dan bergantung kepada kami untuk mengurus diri. Saya meminta tolong Tuan Haji menerangkan rawatan al-Quran untuk angin ahmar. Terima kasih.
Khairul, Permatang Pauh


Jawapan

Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah. Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati.

Kadangkala strok dipanggil 'serangan otak'. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.

Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.

Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.

Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak - cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.

Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.

Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.

Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah.

Risiko tidak boleh diubah:

* Umur

* Genetik

* Jantina

* Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:

* Tekanan darah tinggi

* Merokok

* Kencing manis

* Kolesterol

* Obesiti

Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.

Satu atau lebih simptom tiba-tiba:

1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.

2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa
meleleh tanpa kawalan.

3. Masalah kestabilan, koordinasi badan,
percakapan, penglihatan, sukar menelan.

4. Rasa pening atau sakit kepala

5. Kebas di sebahagian daripada badan

6. Pengsan atau menjadi keliru
Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.

Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:

1. Sebelah badan lemah.

2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.

3. Masalah menelan.

4. Masalah percakapan dan komunikasi.

5. Masalah penglihatan.

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.

Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.

Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.

Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.

Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.

Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.

Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.

Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.

Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55

Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89

Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37

Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.

Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.

Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.

Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: "Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."

Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.

Khamis, 17 Oktober 2013

Iklan Menyentuh Hati Yang Boleh Membuatkan Anda Menitiskan Air Mata


Sebuah iklan Thailand sepanjang 3 minit 3 saat, iklan tersebut mampu menyentuh hati berjuta-juta orang dan membuat mereka menitiskan air mata.

Seperti dipetik dari Mirror.co.uk, iklan sebuah syarikat telefon bimbit Thailand itu telah ditonton lebih daripada 10 juta kali di media sosial YouTube. Filem permulaan dengan adegan seorang kanak-kanak ditangkap kerana mencuri pil di farmasi untuk ibunya yang tengah sakit. Ketika tengah dimarahi oleh pemilik farmasi, muncullah pemilik kedai makan yang berada tak jauh dari lokasi kejadian.

Lelaki tersebut kemudian membayar ubat yang telah dicuri oleh kanak-kanak tersebut. Tidak hanya itu sahaja, lelaki tersebut juga memberikan budak lelaki itu makanan. Dan, tiga puluh tahun berlalu dan pemilik kedai makan masih memberikan makanan kepada pengemis dengan bantuan anaknya.

Namun ketika tengah bekerja , lelaki tersebut pengsan dan dibawa ke hospital. Anak perempuannya kemudian diminta membayar bil hospital sebanyak £ 15.500 . Untuk membayar bil itu , ia pun berusaha menjual rumahnya. Namun, tiba -tiba seorang lelaki misteri membayar kesemua bayaran hospital. Dalam surat bil terselip catatan kecil bertuliskan , " Seluruh kos telah dibayar dengan tiga bungkus ubat penahan sakit dan sup. "

Lelaki misteri itu adalah kanak-kanak yang pernah ditolong oleh pemilik kedai makan. Takdir mempertemukan keduanya kembali. Kini, lelaki tersebut bekerja sebagai doktor di hospital dan kebetulan merawat pemilik kedai makan. Iklan ditutup dengan kalimat, " Memberi adalah komunikasi terbaik. " Selepas menyaksikan iklan tersebut ramai pengguna internet yang menangis.

Rata- rata mereka mengatakan iklan tersebut sangat memberi inspirasi dan emosional. Bahkan ada salah seorang pengguna internet yang menilai bahawa pengarah Hollywood tidak mampu membuat filem semacam ini. "Hollywood tidak boleh membuat ini . Sebuah filem tiga minit membuat lelaki dewasa menangis,"
           

Khamis, 5 September 2013


Kerana 20sen.., Menteri Tahu Apa..???

Nur Farhana Omar


Masuk ofis, termenung sekejap.., muhasabah diri sebentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi. Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah.. Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana.... Allahhurabbi....

Tiap pagi.., sebelum sampai ofis, akan saya berhenti beli nasi lemak disimpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pakcik tu kononnya... dan saya pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pagi. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecil bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yang sama dengan lengkap berpakaian sekolah.

Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, akan saya bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya,apalah sangat harga RM1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni...., dan dalam kesayuan suaranya, dia tak putus2 ucapkan terima kasih. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan untuk saya bersedekah.

Pernah saya bertanya padanya, bersekolah dimana, awalnya keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sebagainya. Katanya, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sebab tu kena keluar awal, (terkenang anak2 sedara dirumah yang sebaya dengan Ashraf, semuanya serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana, tapi lebih beruntung dari adik ini.. kesian adik ini....)




Setelah hampir 3 minggu berulang-alik dari rumah Ayah Bonda di Kajang (masih dalam mood raya kononnya), maka 3 minggu jugalah saya tak membeli nasi lemak pakcik dan tak berjumpa dengan Asyraf.

Hinggalah pagi ni.., saya memulakan kembali rutin membeli nasi lemak pakcik. Tapi, saya pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik macam selalu, saya belikan sebungkus dan saya berhentikan kereta saya disebelah Ashraf.

Saya: Ashraf...!!! akak tunggu Ashraf tadi, kenapa tak beli nasi lemak? dah boring nasi lemak pakcik ke...? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.

Ashraf: ehhhh..., kak Jiha.. lama tak nampak.terima kasih banyak2 kak...., Ashraf ingat kak Jiha dah pindah... bukan dah boring.Tapi.. (muka sayu)

Saya: ehhhh.. kenapa macam sedih tiba2 ni.... jom akak hantar pergi sekolah nak..??? (setelah 2-3 kali saya bertanya, barulah adik ini bersuara)

Ashraf: Ashraf tak ada duit nak beli. Sebelum ni mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan petang, boleh la Ashraf beli. Tapi, minggu lepas mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Malam tadi mak potong duit lagi sebab mak kata minyak naik harga, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 jer... kak Jiha.... takpa la..., Ashraf beli karipap jer... disekolah nanti. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha.. mak pesan jangan tumpang orang. Jangan susahkan orang. Nanti mak marah. (sayu dan jujur anak kecil ni bercerita.... ku tahan air mata dari meleleh mendengar ceritanya)

Puasku pujuk untuk hantar ke sekolah, akhirnye dia beralah. Yes..., memang jauh sekolahnya... PJS7 ke Kampung Lindungan. Gigihnya dia berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar.



Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak. Ya Allah.. dan isu minyak, bukan kita sahaja yang terkena kesan dari kenaikan harga yang HANYA 20sen, tapi juga anak2 kecil yang tak tahu apa2.

Kerana mereka bukan dari keluarga yang senang (orang senang/kaya merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi sahaja). Tapi bagi mereka2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen mereka tak mampu lagi untuk membeli barang2 asas dan makanan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sebiji karipap suatu hari nanti.

Wallahuaklam....

Selasa, 16 Julai 2013

PERISTIWA AKHIR ZAMAN Mengikut Turutan

PERISTIWA AKHIR ZAMAN Mengikut Turutan | MESTI BACA !!! | Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal.



Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.


Nabi Muhammad SAW dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)


Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan


Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.


Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.


Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang


Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya


Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya


Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam


Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.


Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w


Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?

Selasa, 2 Julai 2013

Kereta Masa Depan Yang Terunik di Dunia



Seperti apa kereta di masa depan? Kereta mainan canggih ini boleh jadi jawapannya. Mainan model kereta terbang kali ini tak kalah menarik dan boleh menjadi pengangkutan masa depan.

Mainan yang menggabungkan helikopter dan kereta tersebut dinamakan B, ya namanya cukupsingkat. B merupakan kejuruteraan Witold Mielniczek dari Universiti Southampton.

Lebih menarik lagi , Mielniczek mereka kereta mainan itu boleh dihasilkan dalam saiz keretasebenarnya.

Dia berjaya mencipta reka bentuk kereta masa depan selayaknya kereta pada umumnya namundengan kelebihan boleh terbang.

Juga menonjolkan kereta terbang yang boleh berjalan di daratan seperti batu. Kelebihan tersebutkerana ditongkat dengan ban besar di keempat titik.

Menariknya teknologi kereta itu mengusung teknologi yang belum terpikirkan oleh manusia saat ini.




Di dalam roda tersebut mempunyau kipas-kipas sehingga kereta boleh berlepas. Kereta terbang inimenggabungkan reka bentuk futuristik dan pemilihan material yang mampu mencipta pembinaanyang solid.

Sasisnya sendiri menggunakan bahan polycarbonate, yang merupakan bahan yang sama digunakandalam kacamata dan kaca anti anti peluru. Bodynya tidak hanya berfungsi sebagai pelindung danhiasan namun juga menerapkan struktur yang kuat didalamnya.





Disiarkan di Daily Maill, dengan komposisi material yang kuat kereta terbang konsep B itu mampubertahan meski menghadapi pendaratan terburuk.

Belum jelas mesin apa yang akan digunakan jika terbukti dihasilkan. Namun melihat versi remotecontrolnya, kereta ini diperkukuhkan motor elektrik.sumber

Senarai 3 Pokok Paling Tua Di Dunia

Bristlecone Pine 4200 tahun



Pohon cemara atau pine (pinus) merupakan pohon dari family Pinaceae yang boleh kita dapati di mana saja dan asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur, banyak air ataupun yang mempunyai kadar asid cukup tinggi. Kita boleh mencari pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sampai ke pelosok New Zealand, Brazil dan Chili.

Pohon ini memang popular kerana selain dapat hidup dimana-mana juga mempunyai daya jual yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu, getah, ranting, biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi asalnya adalah pohon komersil

Pohon cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana boleh mencapai umur sekitar 100-1000 tahun dan bahkan mencatat rekod menjadi pokok tertua di dunia melalui cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine (Pinus longaeva) yang di tahun 2008 ini berumur 4840 tahun!!!Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi rata-rata tingginya 15-45 meter. Pohon tertinggi dari spesies Sugar Pine sedangkan yang terpendek adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine.

Jomon Sugi 2000-7000 tahun



Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan kadar 300 m padu dianggarkan usianya antara 2000 - 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Lapangan Terbang Kagoshima.

Spruce Ione Norway 9550 tahun



Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pokok sejenis cemara, yang masih hidup di Sweden, diketahui berusia 9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia saat ini.

Spesies pokok spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. para penyelidik menemuinya di sekitar semak-samun di pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna, Sweden. Pokok ini selalu di gunakan kerana penduduk sering menggunakan sebagai pokok Krismas.

"Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicetuskan kemampuannya mengklon diri sendiri," ujar Leif Kullman, profesor eologi dan lingkungan hidup di Universiti Umea, Sweden. Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, saat batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.

Pokok ini lebih tua dari pain Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun.Pain Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun tumbuh menjulang hingga 150 meter. Jika umur pain Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden diukur dari jejak radiokarbon di akarnya. Kullman menyatakan pohon yang usianya lebih tua dari 9.550 tahun boleh dikatakan mustahil. Sebab, seluruh wilayah Sweden kemungkinan masih diliputi ais saat itu.sumber

Ahad, 23 Jun 2013

Aksi Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5







Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang jatuh dari tingkap tingkat lima sebuah bangunan di China berjaya disambut dan diselamatkan orang ramai yang melalui kawasan itu semalam.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik cemas itu apabila seorang pekerja penghantar di bandar Ninghai mendengar suara tangisan kanak-kanak perempuan dan bergegas ke arah suara itu sebelum mangsa jatuh ke tanah.




Ibu bapa kanak-kanak yang dikenali sebagai Qiqi itu meninggalkannya sendirian di rumah ketika dia sedang tidur.Tetapi kanak-kanak itu bangun dan memanjat keluar ke birai tingkap.Dia terjgelincir dan terjuntai setinggi 18.3 meter di atas jalan raya sebelum terjatuh.










Bagaimanapun, dua daripada lima pekerja penghantar tercedera ketika menyelamatkan mangsa.Seorang cedera di leher ketika menyambut Qiqi, manakala seorang lagi terseliuh lengannya.-mymetro, (gambar The Sun)